Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada RM3.49

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada RM3.49

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit melanjutkan aliran menurun apabila dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi ini selepas dolar terus mengukuh berikutan data ekonomi AS yang menggalakkan, kata peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi, ringgit jatuh kepada 4.6825/6875 berbanding dolar daripada 4.6735/6805 pada penutup semalam.

Memetik laporan Bernama, pedagang ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, pergerakan menaik dolar AS berlaku selepas pengeluaran data tuntutan pengangguran awal AS, lebih rendah daripada jangkaan, menunjukkan ekonomi negara itu yang berdaya tahan.

“Petunjuk itu mengukur bilangan orang yang meminta insurans pengangguran pada minggu sebelumnya dan membantu pelabur mengukur `kesihatan’ pasaran kerja di AS. Bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan bermakna pengangguran terkawal dan ini cenderung positif untuk dolar,” jelasnya.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula berkata, Indeks Dolar AS telah melihatkan peningkatan, menunjukkan bahawa laluan untuk dolar AS yang lebih lemah berkemungkinan `bergelombang’ meskipun jangkaan berlaku peningkatan kadar faedah AS.

“Oleh itu, mata wang tempatan dijangka kekal mendatar tetapi kekal menghampiri paras sokongan terdekatnya iaitu RM4.6611 berbanding dolar AS,” katanya.

Pada awal dagangan, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kebanyakan sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah sedikit berbanding euro pada 5.0988/1042 daripada 5.0946/1022 semalam, jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.1363/1399 daripada 3.1338/1387 tetapi meningkat berbanding pound sterling kepada 5.8484/8547 daripada 5.8550/5.8637.

Mata wang tempatan juga didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 300.5/301.1 daripada 300.0/300.6 tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4892/4934 daripada 3.4838/4893.

Ia turun berbanding baht Thailand kepada 13.2837/3043 daripada 13.2702/2957 dan juga turun berbanding peso Filipina pada 8.43/8.45 daripada 8.42/8.44 sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×