Hasil Sunway Berhad meningkat 21.1% kepada RM1.54 bilion

Sunway Berhad catat peningkatan hasil 21.1 peratus kepada RM1.54 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sunway Berhad mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 21.1 peratus kepada RM1,539.1 juta bagi suku ketiga tahun kewangan 2023 berakhir 30 September, didorong oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen perniagaan terasnya.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) Kumpulan meningkat 10.1 peratus kepada RM247.8 juta disokong oleh PBT yang lebih tinggi daripada segmen perniagaan terasnya kecuali pelaburan hartanah.

Presiden Kumpulan Sunway, Tan Sri Chew Chee Kin mengulas, prestasi kewangan Kumpulan yang kukuh pada suku semasa mencerminkan daya tahan ekonomi Malaysia.

“Kumpulan optimis bahawa prestasi kewangan bagi tahun kewangan 2023 akan memuaskan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, segmen Penjagaan Kesihatan Kumpulan terus menjadi pemandu pertumbuhan utama Kumpulan, disokong oleh pertumbuhan kukuh di tiga hospital sedia ada dan hospital baharu.

Katanya, Pusat Perubatan Sunway Damansara dan Perubatan Sunway Centre Ipoh, yang akan dilancarkan pada suku keempat (S4) 2024 dan suku pertama (S1) 2025, masing-masing akan menyediakan pertumbuhan pendapatan pada masa hadapan.

Di samping itu, katanya, segmen hiburan, hospitaliti dan penjagaan kesihatan akan mendapat manfaat daripada beberapa inisiatif utama yang diumumkan pada Belanjawan 2024.

“Untuk jangka panjang, penubuhan Jon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan menjadi petanda baik untuk pembangunan perbandaran, Sunway City Iskandar Puteri, yang terletak di lokasi strategik antara Puteri Harbour dan Link Kedua ke Singapura.

“Zon ekonomi istimewa ini memanfaatkan kekuatan pelengkap kedua-dua negara dalam memupuk sinergi aliran rentas sempadan barangan, pelaburan dan penduduk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×