Rakyat Gaza berhimpit 70 orang dalam satu rumah

Rakyat Gaza berhimpit 70 orang dalam satu rumah

Kemusnahan Semenanjung Gaza akibat diserang tentera Zionis Israel dikatakan sebahagian daripada rancangan untuk menubuhkan `Israel Raya', semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penduduk Pa­lestin yang selamat semakin sengsara apabila mereka bukan sahaja terpaksa hidup berhimpit 60 hingga 70 orang dalam sesebuah rumah tetapi turut diancam kebuluran apabila kekurangan bekalan makanan.

Sejak serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu menyebabkan lebih 50 peratus rumah-rumah dan infrastruktur di kawasan tersebut musnah.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri berkata, disebabkan separuh penduduk hilang rumah, mereka kini terpaksa berkongsi rumah dengan rumah penduduk lain.

Menurut beliau, keadaan tersebut menambah lagi derita rakyat Palestin yang kini sukar untuk mengisi atau mengalas perut kerana bekalan makanan disekat ejim Zionis.

“Ada yang tinggal dalam satu rumah sehingga 60 ke 70 orang pada satu-sau masa, ini menambah kesengsaraan mereka yang kini sukar untuk mendapatkan bekalan makanan dan juga air bersih untuk diminum.

“Barang-barang yang ada meningkat sehingga berpuluh kali ganda kerana kesukaran untuk mendapatkan bekalan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pengarah Eksekutif WFP, Cindy McCain sebelum ini berkata, bekalan makanan dan air yang diperoleh di Gaza boleh dikatakan tidak wujud kerana hanya sebahagian bekalan dapat dibawa masuk melalui sempadan.

Katanya, dengan kedatangan musim sejuk dan ketiadaan tempat perlindungan yang selamat akan menyebabkan rakyat Pa­lestin semakin menuju ke fasa lebih dahsyat.

Mengulas lanjut, Muhammad Nadir berkata, rakyat Palestin kini memerlukan kelengkapan-kelengkapan untuk berhadapan dengan musim sejuk.

“Jadi kita sedang berusaha untuk mendapatkan dan menghantar khemah sementara ke Gaza bagi orang awam di sana berteduh daripada musim sejuk dan juga baju-baju yang sesuai serta tebal untuk kanak-kanak.

Sementara itu, beliau berkata, CGM akan terus menjalankan kerja-kerja memberi dan menghulur bantuan kepada orang di Gaza.

‘Jumlah yang kita sudah bagi dan salurkan kepada Gaza adalah lebih daripada RM5 juta iaitu dalam bentuk makanan, perubatan, pakaian, bahan api, peralatan untuk tujuan mencari dan menyelamat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×