Pekerja I-serve direman bantu 'Datuk' rekrut pelabur

Pekerja I-serve direman bantu ‘Datuk’ rekrut pelabur

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kakita­ngan syarikat I-Serve yang direman polis dipercayai merekrut individu-individu bagi melabur dalam pelaburan tersebut.

Bercakap kepada Ming­guan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut terhadap ketiga-tiga suspek yang bekerja de­ngan pengasas syarikat penerbangan MyAirline bergelar Datuk.

“Mereka dipercayai me­nguruskan dokumen, kewangan dan wang pe­laburan selain merekrut pelabur dan telah be­kerja di syarikat terbabit sejak ia ditubuhkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

““Malah turut terbabit dalam hal berkaitan syarikat penerbangan MYAirline,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

“Setakat ini kita sedang mengambil kete­rangan semua suspek dan tiada sebarang dokumen atau rampasan dibuat,” katanya.

Kelmarin, Ramli dilaporkan berkata, suspek wanita berusia 30 tahun direman empat hari, manakala seorang lagi wanita berusia 33 tahun direman tiga hari.

Beliau dilaporkan ber­kata, reman ke atas sus­pek lelaki berusia 48 tahun juga dibenarkan selama tiga hari, dan reman suspek keempat, lelaki berusia 62 tahun yang juga peguam di ­i-Serve dibenarkan selama satu hari.

“Sementara itu, tempoh reman ke atas suspek keempat yang ditahan pada 23 Oktober disambung empat hari lagi, selepas tempoh reman lima hari tamat
hari ini (semalam),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×