Jangan malu mula dari bawah - Utusan Malaysia

Jangan malu mula dari bawah

RAMAI yang mula berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan akibat terkesan penularan pandemik Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

penyakit mental dalam kalangan rakyat dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar selepas sakit jantung.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati hampir setengah juta rakyat mengalami simptom depresi.

Sehingga kini, tiada kajian membuktikan penyebab penyakit itu dengan tepat. Namun, beberapa faktor seperti keturunan, pencemaran bahan kimia, jangkitan virus, sejarah hidup dan keadaan sosioekonomi menjadi antara punca.

Selain itu, akibat tidak mampu dan tertekan dengan hidup menjadikan ramai hilang arah yang akhirnya menjadi pesakit mental.

Kita juga acap kali mendengar ramai yang bangkit memulakan hidup selepas hilang pekerjaan sejak penularan pandemik Covid-19. Jangan malu untuk bermula dari bawah. Jangan dihirau kata-kata orang sekeliling terhadap usaha kerana pada akhirnya bukan mereka yang menyuap makan dan minum kepada keluarga kita.

Rujuklah pihak yang pakar sekiranya mempunyai tanda-tanda masalah mental dan jangan ambil ubat tanpa nasihat doktor kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

 

UMAR MOHAMMAD ZIN
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×