Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 akan diteruskan dan pembayaran akan dibuat pada awal Januari tahun hadapan.
Menerusi satu kenyataan, KPM berkata, pada Belanjawan 2024, kerajaan telah memperuntukan RM788,130,000 khusus untuk tujuan BAP.
Memuatkan artikel berkaitan…
Jelasnya, bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid.





