Persiapan awal hadapi banjir musim t

Persiapan awal hadapi banjir musim tengkujuh

ROHAYA Wan Abdullah menunjukkan pakaian dan dokumen penting disimpan di tempat tinggi sebagai persiapan menghadapi banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penduduk di negeri negeri yang kerap dilanda banjir kini sedang membuat persiapan awal bagi menghadapi kemungkinan buruk akibat daripada Monsun Timur Laut.

Sebagai contoh di KELANTAN, penduduk Kampung Tersang membuat persiapan awal berdepan musim tengkujuh yang dijangka bulan depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata penduduk mula menyimpan dan menyusun barang kelengkapan rumah di tempat tinggi bagi mengelakkan ditenggelami banjir.

Seorang penduduk, Syed Zainal Abidin Syed Mamat berkata, persediaan awal itu bagi mengelakkan dia dan keluarganya berdepan dengan situasi panik jika banjir melanda.

“Walaupun sudah lali dengan banjir, saya dan keluarga sentiasa berwaspada kerana perubahan cuaca ketika ini sukar diramal.

“Bagaimanapun, saya sentiasa berjaga-jaga dan mendengar setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan,” katanya semalam.
Syed Zainal Abidin berkata, hujan lebat beberapa hari ming­gu lalu menyebabkan pekarangan rumahnya digenangi air sedalam 0.5 meter.

Seorang lagi penduduk, Zubaidah Awang Senik, 69, berkata, banjir akan terus me­landa selagi projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLS) Sungai Golok tidak siap.

Sementara itu, Rohaya Wan Abdullah, 32, berkata, pembinaan pintu air yang sudah siap dijangka mampu mengurangkan risiko banjir di kampungnya berbanding sebelum ini.

Katanya, pintu air itu menyebabkan aliran air surut lebih cepat sekali gus mengurangkan berlakunya banjir termenung.

Sementara iru lebih 50 nelayan pesisir Pantai Kampung Pachakan, Pasit Putih sudah bersiap sedia memindahkan bot gentiasa yang digunakan untuk menangkap ikan ke kawasan selamat bagi menghadapi sebarang kemungkinan ombak besar dan Monsun Timur Laut (MTL) dalam tempoh terdekat.

Seorang nelayan, Mohammad Ibrahim, 42, berkata, kebiasaan bot itu akan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat memandangkan kawasan pantai ini berdepan hakisan setiap kali MTL.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×