Terminal 1 dinaik taraf, beri lebih selesa kepada pengguna

Terminal 1 dinaik taraf, beri lebih selesa kepada pengguna

SEREMBAN: Pusat Pengangkutan Terminal 1 di sini kini dalam proses untuk dinaik taraf dan apabila projek itu siap sepenuhnya dalam tempoh satu setengah tahun lagi, ia akan memberikan kemudahan lebih selesa kepada penggunanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pusat Pengangkutan Terminal 1 di sini kini dalam proses untuk dinaik taraf dan apabila projek itu siap sepenuhnya dalam tempoh satu setengah tahun lagi, ia akan memberikan kemudahan lebih selesa kepada penggunanya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, projek naik taraf dilaksanakan selepas stesen bas dan teksi itu sudah tidak lagi berada dalam keadaan baik.

Selain itu, katanya, ia juga merupakan langkah yang diambil kerajaan negeri untuk menggalakkan rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam di negeri ini.

“Terminal 1 adalah pusat pengangkutan utama di Negeri Sembilan, kita tahu bangunan itu sudah berlaku banyak kerosakan dan kelemahan.

“Pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah lantik kontraktor untuk naik taraf bangunan tersebut, ia sedang berlaku dan dalam masa satu setengah tahun, projek itu akan selesai.

“Apabila selesai, ia akan menjadi sebuah pusat pengangkutan yang diinginkan ramai, akan ada banyak kemudahan di situ dan memang kami mahu galakkan untuk orang ramai menggunakan pengangkutan awam di situ nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×