Bomba Sabah sedia gerakkan aset hadapi musim banjir

Bomba Sabah sedia gerakkan aset hadapi musim banjir

ABDUL RAZAK MUDA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah bersedia menggerakkan aset-aset bersesuaian yang akan digunakan dalam operasi banjir di negeri ini.

Pengarah JBPM Sabah, Abdul Razak Muda berkata, aset yang paling penting dalam operasi banjir adalah penggunaan bot.

Katanya, pada tahun lepas, mereka menerima sumbangan 10 buah bot yang sesuai digunakan dalam operasi banjir.

Beliau berkata, kerajaan Sabah juga berjanji memperuntukkan 15 buah bot lagi bagi kegunaan semasa operasi banjir kerana bot sedia ada yang dimiliki oleh bomba hanya sesuai digunakan di laut dan sungai-sungai besar.

‘Biasanya banjir di Sabah bermula sedikit lewat iaitu pada November hingga Februari berbanding di Semenanjung Malaysia yang bermula pada bulan Oktober hingga Disember.

“JBPM Sabah sentiasa bersedia dalam menghadapi bencana banjir di negeri ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara spesifik kawasan ‘hotspot’ yang sering dilanda banjir kerana hampir kebanyakan kawasan yang dahulunya tidak mengalami banjir mula dilanda banjir seperti bandar raya Kota Kinabalu.

“Di Sabah kawasan sering dilanda banjir agak banyak seperti Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort. Malah, sungai-sungai yang biasanya senang dinaiki air, tidak dapat dijangka ia akan banjir.

“Sekarang kerap berlaku banjir, jadi tidak dapat dinyatakan kawasan hotspot yang spesifik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×