SELEPAS rombakan melibatkan ketua-ketua setiausaha kementerian, kini ada ura-ura akan berlaku rombakan kabinet. Khabar yang bertiup kencang itu ada asasnya selepas mengambil kira kekosongan portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Ketika pelbagai isu dalam negara berlegar terutamanya berkaitan kekurangan bekalan beras dan isu keterjaminan bahan makanan yang lain, sudah sepatutnya jawatan itu diisi oleh individu yang benar-benar layak, bijak dan kaya dengan buah fikiran.
Jika betul akan berlaku rombakan melibatkan portfolio kementerian lain, maka Perdana Menteri wajar memilih wakil rakyat yang ‘boleh buat kerja’ dan bukan mengambil kira kuota parti-parti politik kerana isu-isu besar yang ditanggung ketika ini memerlukan sentuhan bijak pandai.
Malaysia tidak patut terikat dengan pelantikan ke jawatan menteri dalam kalangan ahli Parlimen semata-mata, kerana negara ini mempunyai ramai pakar yang berjaya dalam bidang masing-masing antaranya ekonomi, perundangan, teknologi dan pertanian.
Pokoknya, mereka boleh dilantik menjadi Senator untuk memegang porfolio menteri kerana Perkara 43 Perlembagaan mengikat hanya ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara sahaja yang boleh dilantik ke jawatan itu.
Misalnya, kementerian yang mempunyai tugas-tugas kritikal adalah lebih relevan jika ia diterajui menteri yang mempunyai latar belakang khusus biarpun beliau bukan seorang wakil rakyat.
Dalam hal ini, pengalaman seseorang itu amat penting dalam merencanakan perancangan dan bukan hanya pandai bercakap semata-mata.
Oxford menggariskan beberapa kriteria kelayakan dalam soal pemilihan anggota kabinet yang turut menyentuh soal formal dan bukan formal dalam kalangan calon.
Umumnya mengetahui kabinet terbentuk sebagai sebuah pasukan, namun beberapa syarat dan kriteria pemilihan mesti bersandarkan kepada beberapa perkara asas. Ini termasuklah kelayakan calon seperti pengalaman dalam politik atau kepakarannya tentang soal polisi.
Selain itu, beliau mestilah memiliki ciri-ciri lain seperti kesetiaan, kepercayaan dan ahli yang mewakili rangkaian sesuatu pertubuhan, wilayah atau mewakili masyarakat dalam parti politik.
Merit perlu menjadi sandaran pemilihan calon sebagai anggota kabinet walaupun ia sering dianggap strategi politik untuk mempertahan status quo dan bukannya objektif memilih seseorang dalam kalangan yang layak.
Ada yang berpandangan gabungan ahli politik dan cerdik pandai dalam bidang-bidang tertentu merupakan ramuan terbaik untuk negara berdepan dengan pelbagai cabaran semasa, di samping lebih fokus dalam mengatasi masalah-masalah yang sedang membelenggu.
Jika andaian itu betul, maka apa salahnya jika ramuan ini dilaksanakan terutamanya ketika negara sedang berdepan dengan isu-isu yang berkaitan dengan keterjaminan makanan.
Dahulu kita ada bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad yang dilantik Menteri Pendidikan dan sekarang Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pelabur dan tokoh korporat dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Kita pernah melakukannya sebelum ini.
Meor Harman Meor Shakri ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Kabinet perlu menteri hebat

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved