Buruh binaan bunuh peniaga pisang goreng | 15 Minit Terkini 25 September 2023 - Utusan Malaysia

Buruh binaan bunuh peniaga pisang goreng | 15 Minit Terkini 25 September 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang buruh binaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang peniaga pisang goreng.

Tertuduh, S. Jhon Piter, 49 tahun, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret R. Prabakaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Chor Kok Kuan, 59 tahun, di kaki lima gerai makanan Pasar Pokok Assam, Taiping antara pukul 3.30 petang hingga 4.15 petang pada 12 September 2023.

Difahamkan, kejadian berlaku susulan pertengkaran antara suspek dan mangsa selepas mangsa dikatakan memarahi suspek kerana menegurnya menjual cempedak goreng pada harga yang mahal.

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `200` and content-type is `text/html; charset=UTF-8`