ISU kekurangan beras tempatan di pasaran dikatakan berpunca daripada pembelian panik. Sejauh mana kebenarannya belum dapat dibuktikan. Namun, ada yang mendakwa ‘kehilangan’ beras dalam pasaran adalah perbuatan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Ada yang mendakwa beras tempatan disorok bagi memaksa pengguna membeli beras import yang lebih mahal. Dakwaan ini perlu disiasat kerana ada kebenarannya jika hasil tuaian padi kekal tidak berubah.
Jika data hasil tuaian padi dalam negara tidak menunjukkan penurunan, bagaimana beras tempatan dalam pasaran berkurangan sehingga mengundang spekulasi dan permainan harga?
Rasionalnya, apabila harga beras import berlaku kenaikan, ketika itulah beras tempatan dilaporkan mula berkurangan. Apakah ini satu kebetulan atau sudah ada perancangan pihak tidak bertanggungjawab, atau bahasa mudahnya kartel dalam menjana keuntungan besar.
Sebelum ini pun, ada pasar raya yang mengakui menerima bekalan beras pada kadar rendah berbanding sebelum ini. Bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan pengeluaran beras tempatan menyumbang 70 peratus stok bekalan berbanding beras import 30 peratus.
Untuk mendapatkan kesahihan, kerajaan menerusi agensinya boleh mengkaji data pembelian beras dalam kalangan pasar raya dan buat perbandingan adakah kekurangan makanan ruji itu dikaitkan dengan pembelian panik.
Langkah kerajaan mengedarkan beras menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) boleh dikatakan usaha yang baik bagi mengatasi kekurangan beras yang didakwa berlaku di beberapa negeri, walaupun ia tidak boleh dilakukan untuk tempoh jangka panjang.
Dalam menghadapi masalah ini, pentingnya kerajaan menggubal undang-undang khusus mengawal harga beras secara langsung dan tidak bersandarkan kuasa pasaran semata-mata.
Pemberian subsidi untuk sektor pengeluaran beras perlu ditambah baik, bagi memastikan beras tempatan terus bersaing harga dengan beras import tetapi pada masa sama tidak membebankan rakyat.
Hanya dengan cara itu mungkin dapat membantu mengatasi perbuatan menyorok beras tempatan ekoran harga semasanya yang tidak kompetitif dengan harga beras import.
Isu beras perlukan penyelesaian holistik. Bermula dari penyelidikan dan pembangunan (R&D) sehinggalah kepada pengeluaran dan pemasaran semuanya perlu disemak semula.
Malaysia perlu berani melabur dalam industri pengeluaran beras negara jika mahu memastikan masalah kecukupan bekalan tidak berulang pada masa hadapan. Konsep pengeluaran padi lima kali dalam tempoh dua tahun bagus, asalkan sistem pengairan sawah di naik taraf.
Tiada ruginya untuk Malaysia membuat pelaburan besar dalam industri pengeluaran padi pada masa hadapan kerana apa yang berlaku sekarang sepatutnya menjadi pengalaman berharga kepada kita untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan.
Perlu diingat, negara-negara berjiran sudah pun mengorak langkah ke depan dalam industri pengeluaran padi. Malaysia perlu pantas berubah. Kita tidak boleh selamanya bergantung kepada sumber luar untuk menampung keperluan 33 juta penduduknya pada masa hadapan. – UTUSAN
MEOR HARMAN MEOR SHAKRI ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Sejauh mana pembelian panik punca beras ‘hilang’?

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved