KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak yang juga bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip dilaporkan meninggal dunia petang tadi di Pusat Rawatan Pakar Normah, Kuching.
Bagamana pun sebab sebab kematian setakat ini tidak dinyatakan.
Jenazah Allahyarham dilaporkan akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Allahyarham dilahirkan pada 13 September 1951.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021, Allahyarham mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dengan 4,243 undi majoriti. –UTUSAN











