RHB Investment Bank ambil serius teguran Bursa Malaysia

RHB Investment Bank ambil serius teguran Bursa Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: RHB Investment Bank Berhad (RHB Investment Bank) mengambil maklum teguran serta denda yang telah dikenakan Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia) semalam.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif RHB Investment Bank Berhad, Ganesh Sabaratnam berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan di samping telah menjalankan semakan serta meningkatkan proses usaha wajar dan prosedur semakan pelanggannya termasuk kedua-dua proses kuantitatif dan kualitatif untuk menjadi lebih mantap.

“RHB Investment Bank turut bekerjasama dengan penasihat luar untuk memastikan kami terus menyelaras proses dan prosedur usaha wajar kami dengan amalan terbaik pasaran.

“Penambahbaikan pada proses dan prosedur usaha wajar, ditambah dengan komitmen dan kerjasama yang kukuh daripada pelanggan kami dan semua pihak lain yang terlibat, akan meningkatkan lagi kualiti dan piawaian usaha wajar itu.,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar beliau, RHB Investment Bank turut memberi jaminan akan terus melaksanakan tahap usaha wajar yang lebih tinggi dan pematuhan kepada keperluan peraturan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Terdahulu media melaporkan Bursa Malaysia mencela dan mengenakan denda sebanyak RM350,000 ke atas RHB Investment Bank kerana melanggar dua Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE (ACE LR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×