Mahkamah Rayuan kekal hukuman penjara bekas akuantan

Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman penjara bekas akauntan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan telah mengesahkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2021 terhadap bekas akauntan Kumpulan Asia Media Group Berhad.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti (SC), Ong Kar Kian (Ken Ong) melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Jelasnya, dalam keputusannya pada 11 September 2023, Mahkamah Rayuan bagaimanapun mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan denda harian RM1,500 sehari, yang dikenakan terhadap Ken Ong oleh hakim bicara.

“Kes ini merupakan pendakwaan pertama oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terhadap kegagalan mematuhi perintah bertulis yang dikeluarkan di bawah seksyen 32(2)(a) AMLATFPUAA.

“Keputusan Mahkamah Rayuan menekankan bahawa kegagalan dalam mematuhi perintah bertulis SC di bawah AMLATFPUAA dipandang serius oleh mahkamah dan pengawal selia pasaran modal itu,” kata SC dalam kenyataan.

SC berkata, Pada 19 Februari 2020, Ken Ong telah didakwa dengan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 32(8)(a) AMLATFPUAA atas kegagalan mematuhi perintah bertulis untuk hadir di hadapan pegawai penyiasat SC bagi membantu siasatan suatu kes pengubahan wang haram.

Ken Ong telah didapati bersalah dan disabitkan bagi ketiga-tiga pertuduhan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 10 Disember 2020, selepas perbicaraan penuh.

Dia dijatuhkan hukuman penjara sehari bagi setiap pertuduhan dan dikenakan denda RM25,000, dengan hukuman penjara berjalan serentak.

Ken Ong turut didenda RM1,500 sehari oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal mematuhi perintah tersebut selama tempoh 673 hari, berjumlah RM1,009,500.

Dia memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 14 Disember 2020 di mana Mahkamah Tinggi mengesahkan sabitan dan hukuman berhubung tiga pertuduhan itu. Bagaimanapun, denda harian berjumlah RM1,009,500 diketepikan.

Ken Ong kemudiannya memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan, manakala SC memfailkan rayuan balas terhadap mengetepikan denda harian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×