Boleh rentas daerah, negeri ke sekolah - Utusan Malaysia

Boleh rentas daerah, negeri ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ibu bapa di­be­narkan merentasi daerah atau negeri untuk menghantar anak mereka ke sekolah asalkan mempunyai surat kebenaran pihak sekolah terbabit.

Menteri Kanan (Ke­se­la­ma­tan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jaminan itu turut dipersetujui dalam perbincangan dengan polis susulan kebimbangan ramai ibu bapa.

“Mesyuarat Majlis Kese­lamatan Negara (MKN) turut bersetuju ibu bapa tidak perlu mendapatkan surat kebenaran khas dari balai polis,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua hari lalu, ketika dita­nya pemberita, beliau berjanji un­tuk membawa isu itu kepada Kementerian Pendidikan susulan pembukaan semula sesi persekolahan bulan depan.

Ia ekoran kerisauan ibu bapa yang perlu melalui banyak sekatan jalan raya (SJR) untuk merentasi daerah atau negeri bagi menghantar anak ke sekolah dan menjemput mereka balik.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, mereka hanya perlu ada surat dikeluarkan pihak sekolah termasuk urusan penghantaran anak balik ke asrama.

“Guru besar boleh me­nge­luarkan surat kebenaran untuk diberi terus kepada ibu bapa dan saya sendiri sudah bincang dengan pengurusan tertinggi polis mengenai isu ini,” kata­nya.

Minggu lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan baharu kembali dibuka secara berperingkat mulai 1 Mac un­tuk membolehkan pihak sekolah dan ibu bapa membuat persiapan.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan kebenaran untuk penghibur jalanan atau busker membuat persembahan di premis kedai makan, restoran, medan selera, warung atau gerai.

Kerajaan ujarnya, menerima rayuan daripada kumpulan itu yang banyak bergantung sara hidup menerusi aktiviti muzik jalanan di kawasan tumpuan ramai khasnya dalam premis makanan.

“Setelah berbincang dalam Jawatankuasa Teknikal, MKN bersetuju dengan syarat mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan ketika per­sembahan,” katanya.

Kelonggaran itu jelas Ismail Sabri, turut meliputi negeri-negeri yang terlibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana lazimnya aktiviti itu dibuat di luar bangunan dan ruang terbuka.

Kebenaran itu kata beliau, susulan kelonggaran bilangan pelanggan makan di premis terlibat mengikut keluasan meja bermula 19 Februari lalu dan tidak terhad dua orang semeja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini