Fatwa haram: Keterangan Muhyiddin diambil Isnin depan

Fatwa haram: Keterangan Muhyiddin diambil Isnin depan

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keterangan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) Isnin depan berhubung kenyataannya mengenai ‘fatwa’ haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) dalam satu ceramah di Johor, kelmarin.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kenyataan itu akan diambil kira-kira pukul 9.30 pagi oleh pegawai perakam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut lokasi keterangan itu akan diambil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan rakam keterangan pada 11 September ini (Isnin) pada pukul 9.30 pagi,” katanya.

Media semalam melaporkan, siasatan terhadap Muhyiddin dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Tindakan itu selepas polis menerima satu laporan terhadap kenyataan Muhyiddin itu yang dibuat di ibu negara, kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain berkata, siasatan terhadap Muhyiddin dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam.

Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Terdahulu, tular satu video dalam media sosial menunjukkan bekas Perdana Menteri itu dikatakan mengeluarkan fatwa ‘haram’ mengundi calon PH, Suhaizan Kayat.

Muhyiddin didakwa berkata sedemikian ketika berucap dalam kempen ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai di Nusa Bestari, Johor Bahru, kelmarin.

Muhyiddin berkata, ia sebagai menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan kerajaan Perpaduan tidak membantu rakyat dalam kesusahan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini