Rugi kalau tidak rajin membaca - Utusan Malaysia

Rugi kalau tidak rajin membaca

BUDAYA membaca perlu bermula dari rumah agar anak-anak menerima manfaat darinya. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEHIDUPAN adalah ruang untuk dinikmati dan dihargai. Pun begitu, bagaimanakah seseorang memanfaatkan masa dalam kehidupan seharian?

Terlalu banyak pilihan aktiviti untuk mengisi kekosongan masa. Amat rugi sekiranya masa yang ada berlalu begitu sahaja.

Antara aktiviti yang berfaedah yang boleh dilakukan adalah membaca al Quran, kitab, buku, surat khabar dan sebagainya. Namun, membaca belum menjadi budaya bagi masyarakat di negara ini sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa mereka yang banyak membaca dan berilmu memperoleh kejayaan.

Ini menjadi cabaran bagi dalam memupuk amalan membaca sebagai teras dan jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia. Tamadun bangsa dapat dilihat dengan peningkatan ilmu dan penghasilan karya yang membina adab kenegaraan. Kemahiran mendengar dan menulis dapat dizahirkan dengan idea yang bernas dan tuntas pertuturan .

Tanggungjawab memupuk budaya membaca mesti bermula dari rumah. Anak-anak perlu didedahkan dengan tabiat membaca sejak di awal usia. Sayangnya, kewujudan gajet mengambil alih amalan membaca secara fokus, justeru ibu bapa perlu bijak dalam memilih bahan bacaan yang sesuai dengan anak.

Dalam masa sama, pihak sekolah juga berperanan dalam peningkatan minat membaca melalui pelbagai aktiviti. Ini kerana membaca bukan sekadar untuk lulus dalam peperiksaan tetapi menjadi pengukur kecerdasan minda dalam penakulan ilmu.

TUMIN YATMAN
Pengetua SMK.Seri Machap, Simpang Renggam, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×