Pegawai atasan PDRM boleh diambil tindakan jika gagal menyelia

Pegawai atasan PDRM boleh diambil tindakan jika gagal menyelia

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mana-mana pegawai yang dikesan gagal menyelia anggota bawahan sehingga berlakunya pelanggaran salah laku dalam menjalankan atau terlibat isu integriti boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Itu penegasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bagi mengatasi masalah isu integriti membabitkan pegawai dan anggota polis.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, pegawai atau penyelia turut bertanggungjawab dalam mengawal atau mengawasi anggota bawahan dan bukannya meletakkan sepenuhnya kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Berikutan itu, katanya, melalui Peraturan 3c (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam) Kelakuan Tatatertib 1993, penyelia atau pegawai atasan perlu melaksanakan pemantauan sebagai mekanisme semak dan imbang.

“Mereka (pegawai) bertanggungjawab menjalankan pengawasan tatatertib ke atas anggota bawahan serta mengambil tindakan sesuai dengan segera mungkin, bergantung kepada kesalahan dilakukan.

“PDRM tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib terhadap pelanggaran salah laku termasuk kegagalan dalam menyelia,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan, seramai 5,190 anggota dan pegawai PDRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2020 hingga Jun lalu.

Dalam pada itu, menurut Razarudin, peranan penyelia bukan hanya dalam konteks penyeliaan semata-mata namun menjadi barisan pertama responder, pembimbing, fasilitator dan contoh secara langsung kepada anggota yang diselia bagi memastikan pelaksanaan tugas menepati kehendak pasukan.

“Setiap tindakan yang diambil juga berdasarkan fakta-fakta daripada aduan yang diterima selain meneliti keadaan semasa membabitkan salah laku warga PDRM, kemudian kita buka kertas siasatan serta mengenakan hukuman sewajarnya.

“Mekanisme kawalan dalaman ini juga sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa agar terus relevan dengan dalam memastikan pelanggaran salah laku ditangani dengan lebih efektif,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×