Dari padang bola dilantik Exco, Radhi akui dalam proses belajar

Dari padang bola dilantik Exco, Radhi akui dalam proses belajar

MUHAMAD Radhi Mat Din (kiri) bersama pegawai khasnya, Khairuddin Md. Isa meneliti dokumen berkaitan portfolionya di Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup serta Belia dan Sukan negeri, Muhamad Radhi Mat Din yang baru dilantik ming­gu lalu mengakui beliau kini diamanahkan tugas berat dan masih dalam proses pembelajaran memahami portfolio­nya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, legenda bola sepak Kedah dan kebangsaan itu berkata, hampir 25 tahun beraksi di atas padang dan kini dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu sebelum diberi tanggungjawab sebagai Exco merupakan perubahan yang ketara buatnya.

“Saya tidak pernah terfikir perkara ini akan berlaku. Saya pun sudah lama tidak bekerja dalam pejabat kerana kali ter­akhir sewaktu era bola sepak semi profesional iaitu ketika bekerja dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi inilah kuasa Allah Yang Maha Kuasa ke atas se­ga­lanya, boleh mengangkat dan menjatuhkan manusia. Apa-apa pun setelah diberikan amanah, insya-Allah saya akan laksanakan sebaik mungkin,” katanya.

Mengulas kemungkinan perbezaan sanjungan yang diterima ketika bermain bola sepak berbanding kini menjadi wakil rakyat daripada sebuah parti yang mungkin ada pihak tidak menyukainya,

Muhamad Radhi berkata, beliau sudah menge­tahui perkara itu dan mengamalkan satu pendekatan untuk mengatasinya.

“Saya membawa pendekatan sebagai sebuah keluarga apabila bertemu dengan masyarakat. Sepanjang tempoh kempen sebelum ini pun saya tidak pernah bangkitkan perkara yang menghangatkan suasana kerana apabila kita bertemu sebagai keluar­ga, sudah pasti kita mahukan keadaannya sentiasa harmoni.

“Memang ada orang yang dulu suka kita di pentas bola sepak, tetapi tidak suka kita di bidang politik. Saya fikir pende­katan kita semuanya sama iaitu hanya buat pilihan di peti undi dan kemudian jalani kehidupan seperti biasa serta hormat keputusan tanpa tunjuk penenta­ngan atau rasa tidak setuju secara terbuka,” tegasnya.

Tambahnya, beliau juga ber­pegang kepada nasihat Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sul­tan Badlishah dan pesanan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor agar berkhidmat kepada semua rak­yat tanpa mengira latar belakang dan membantu orang susah tanpa mengira parti.

Menyentuh tugasnya sebagai Exco yang menjaga portfolio sukan, Muhamad Radhi berkata, beliau tidak boleh hanya menumpukan kepada satu bidang sukan sahaja walaupun amat sinonim dengan dunia bola sepak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN