Biasanya botol plastik dikitar semula menjadi bahan kreatif untuk menjaga kelestarian alam tetapi bagaimana pula bila botol plastik dikitar semula menjadi tudung?
Jenama air mineral, Spritzer bekerjasama dengan TudungPeople, menghasilkan selendang edisi terhad yang diperbuat daripada botol plastik dikitar semula.
Lapan botol plastik dikitar semula bagi menghasilkan satu selendang dengan inspirasi reka bentuk daripada botol minuman itu.
Koleksi Edisi Terhad bertemakan hutan hujan menawarkan selendang dan scrunchie (pengikat rambut) dengan imej indah flora hutan hujan dengan warna biru firus sebagai latar belakangnya.
Motif bunga orkid, paku-pakis dan monstera menghiasi selendang dan scrunchie.
Lebih menarik, setiap selendang datang dengan rekaan beg saku boleh diguna semula yang sepadan, bagi menyimpan selendang unik anda.
Inisiatif ini menggalakkan orang ramai membayangkan apa lagi botol plastik boleh digunakan.
Selendang buatan TudungPeople x Spritzer yang cantik ini dijual pada harga RM179, scrunchie comel pada harga RM25 atau set pada harga RM184.










