Zuraida dijangka sertai Gerakan selepas PRN

Zuraida dijangka sertai Gerakan selepas PRN

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin akan mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) selepas berakhir Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Zuraida berkata, beliau akan mempertimbang segala aspek untuk menganggotai parti diterajui Presiden, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

“Insya-Allah, saya mem­pertimbang untuk menyertai Gerakan. Mungkin keputusannya akan diketahui selepas tamat pilihan raya negeri.

“Apa yang saya lakukan sekarang ini hanya membantu calon-calon Gerakan dan fokus dengan kempen membantu PN di kawasan bukan Melayu. Kawasan yang saya mahu bantu ialah mendapatkan lebih ramai pengundi bukan Melayu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau diminta mengesahkan laporan media kelmarin mengenai kemungkinan menyer­tai Gerakan susulan ke­putusannya turun padang membantu kempen Dominic di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.

Zuraida menjelaskan, beliau hanya ‘ditawarkan’ menyertai Gerakan, namun mahu membantu PN selain terdapat keperluan untuk orang Melayu berada di bawah saluran parti berkenaan.

Zuraida tidak mempunyai pilihan selain me­nyokong PN kerana Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional (BN).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Zuraida yang bertanding atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM) tewas dalam sembilan saingan di Parlimen Ampang selain hilang deposit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×