Jangan layan pemimpin kecewa, marah – Md. Alwi - Utusan Malaysia

Jangan layan pemimpin kecewa, marah – Md. Alwi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan tidak melayan apa-apa pendedahan bakal dibuat Tan Sri Annuar Musa termasuk kononnya akan berlaku penghijrahan beramai-ramai ah­li parti itu esok.

Setiausahanya, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pihak­nya mengambil pendekatan tu­nggu dan mendengar apa sahaja pengumuman bakal dibuat bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh.

“Soal Annuar kita letak tepi kerana dia dalam keadaan kecewa, orang yang dalam keadaan marah, kita tidak boleh layan sa­ngat.

“Kalau nak umum berapa yang keluar parti, yang nak pergi atau tinggal, umum la.. kita tunggu buah mana yang jatuh sama ada yang ‘muda’ atau ‘tua’,” kata beliau pada sidang akhbar PRN BN- Pakatan Harapan (PH) di Dewan UMNO Kelantan di sini semalam.

Md. Alwi yang juga Ketua UMNO Ketereh berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima apa-apa maklumat berhubung pendedahan Pengerusi Muafakat Nasional (MN) mengenai ada cawangan parti itu akan di tutup.

Katanya, pengisytiharaan keluar parti adalah perkara biasa dan tidak menjadi sebarang isu.

“Kita tunggu Jumaat esok, setakat yang saya tahu tidak ada cawangan Ketereh yang akan ditutup.
“Isytihar (keluar parti) di mana-mana pun ada dan itu bukan isu bagi saya kerana kita juga boleh buat perkara yang sama namun penghijaran (Annuar) berlaku bukan dari hatinya sendiri tetapi dia dipecat dan itu ada perbezaannya,” ujarnya.

Md. Alwi turut menegaskan meskipun berlaku pengisytiharaan keluar parti dan sebagai­nya, namun itu tidak akan menjejaskan Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×