Galak berpakaian batik ke pejabat - Utusan Malaysia

Galak berpakaian batik ke pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini kakitangan kerajaan diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan sebelum dipinda kepada setiap hari Khamis.

Sejak beberapa tahun ini pula pakaian batik semakin mendapat tempat dalam kalangan orang ramai termasuk belia lelaki yang bijak menyuai padan agar ia terlihat trendy.

Jika dilihat di New Zealand, Pemimpin Maori, Rawiri Waititi dihalau keluar dari Parlimen disebabkan tidak memakai tali leher.

Beliau enggan memakai tali leher kerana arahan arahan itu hanya memaksa dirinya mengikut peraturan pemakaian Barat sekali gus melanggar hak dirinya dan cubaan menindas budaya Orang Asli.

Jelas tindakan beliau itu demi mengangkat budayanya, walaupun tidak dibenarkan masuk ke Parlimen.

Mengapa perkara sama tidak boleh dilakukan di negara ini? Kenapa kakitangan perkhidmatan awam di negara ini tidak membudayakan memakai pakaian batik atau baju melayu ke pejabat
Sedangkan Malaysia sudah terlepas daripada cengkaman British. Kenapa masih perlu mengikut budaya Barat?

Oleh itu, kakitangan perkhidmatan awam digalakkan ke pejabat memakai baju batik atau pun berpakaian baju Melayu.

OMAR LOLO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×