DBP perlu diberi kuasa perbetul kesalahan bahasa - Utusan Malaysia

DBP perlu diberi kuasa perbetul kesalahan bahasa

Contoh perkataan Bahasa Melayu memang mengelirukan di tampal di sebuah pasar raya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAMAI dalam kalangan rakyat Malaysia masih lemah dalam penguasaan bahasa Melayu. Lihat sahaja iklan dan notis yang dipamerkan tidak menggunakan bahasa Melayu yang betul.

Malah, difahamkan penguasaan bahasa ibunda itu dalam kalangan anak muda Melayu juga semakin merosot akibat mereka lebih suka menulis perkataan ringkas seperti contoh menjadi cth dan petang menjadi ptg.

Malah, penggunaan ayat ringkas dalam perbualan di media sosial atau Whatsapp seperti “Ptg ni jum kat spg 4 ak wait ye” atau “Watpe ak sib x leh kuar”

Begitu juga notis yang dipamerkan di pasar raya yang tidak menggunakan susunan bahasa Melayu tepat sehingga menjadi bahan jenaka di media sosial seperti “tolong ikat telur sendiri baru bawa ke cashier” atau “ sila sukat susu anda di sini”.

Masih banyak penggunaan bahasa Melayu yang tidak tepat seperti di papan tanda dan sebagainya.

Oleh itu, menjadi keperluan untuk kita kembali mengangkat martabat bahasa ibunda demi menjaga bahasa rasmi negara.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus diberi peluang untuk mengambil tindakan undang-undang di atas kesalahan penggunaan bahasa Melayu terutama di pasar raya dan papan tanda.

Langkah ini selari dengan fungsinya untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara sekali gus membolehkan pelancong melihat keindahan bahasa tersebut.

ABDUL AZIZ ALI
Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×