Pelik Sanusi tak tahu MBI labur korek REE

Pelik Sanusi tak tahu MBI labur korek REE

Hairan jika MB Kedah tidak mengetahui mengenai pelaburan MBI negeri itu dalam REE di Sik. - FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Datuk Seri Mahdzir Khalid  hairan bagaimana Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa beliau tidak tahu-menahu mengenai urusan pentadbiran Perbada­nan Menteri Besar (MBI) Kedah sedangkan Menteri Besar itu adalah pengerusi syarikat milik kerajaan negeri (GLC) tersebut.

Bersandarkan pengalaman sebagai Menteri Besar, kata Mahdzir, sebarang pelaburan atau penglibatan dalam sesebuah projek oleh MBI sentiasa dilaporkan kepada Menteri Besar semasa.

Oleh itu, kata Mahdzir, Sanusi tidak patut mengambil jalan mudah dengan memberi jawapan tidak tahu termasuk mengenai dua warganegara China yang dibawa masuk bekerja dengan MBI Kedah dan didakwa terlibat dengan projek berkaitan unsur nadir bumi (REE) di Sik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika ini Sanusi adalah Pengerusi MBI dan beliau patut lebih tahu daripada orang lain berkenaan dua warga China itu. Tak kan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI dan pegawai lain tak beri taklimat kepada beliau? Lebih manis kalau kata akan periksa dulu perkara itu.

“Dalam hal sebesar REE, tak akan MBI tak beri taklimat kepada Menteri Besar siapa yang laksana tugas dan jurutera itu datang dari mana? Mestilah diberitahu yang syarikat itu akan beri kontrak kepada mereka dan berapa tahun mereka akan ada di negara ini,” kata beliau pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri di sini semalam.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan mahu mengetahui daripada Sanusi sendiri mengenai status dua warga China yang ditawarkan bekerja dengan MBI dan mempunyai kaitan dengan kecurian REE di Sik.

Ini disebabkan kedua-dua individu itu dipercayai masuk ke negara ini setelah Sanusi menulis surat sokongan kepada bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bagaimanapun, Sanusi kemudian mendakwa beliau tidak tahu status dua warganegara China tersebut selain me­nyatakan beliau hanya menjaga pentadbiran negeri dan bukan pentadbiran MBI yang diken­dalikan oleh CEO, ketua pegawai kewangan dan berpuluh lagi jawatan lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini