Alibaba suntik modal AS$845 juta ke dalam Lazada

Alibaba suntik modal AS$845 juta ke dalam Lazada

ALIBABA mengambil alih perniagaan Lazada pada 2016. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Alibaba Group Holding Ltd. menyuntik pelaburan berjumlah AS$845 juta (RM3.84 bilion) ke dalam Lazada, perniagaan runcit dalam taliannya di Asia Tenggara yang menghadapi persaingan sengit daripada pesaing seperti Sea Ltd. dan Amazon.com Inc.

Menurut laporan Bloomberg, kemasukan modal yang didedahkan dalam pemfailan kawal selia di Singapura pada Rabu, menjadikan jumlah yang Alibaba telah laburkan dalam cabang perniagaannya itu kepada beberapa bilion dolar sejak ia menguasai perniagaan tersebut pada 2016.

Setakat ini, wakil Alibaba dan Lazada tidak menjawab permintaan media untuk ulasan.

Lazada adalah sebahagian daripada unit beli-belah dalam talian antarabangsa yang Alibaba rancang untuk perkenalkan kepada umum di Amerika Syarikat (AS).

Syarikat gergasi teknologi China itu berpecah kepada enam bahagian untuk memacu pertumbuhan pelbagai perniagaannya, termasuk e-dagang, logistik dan awan, menurut laporan itu.

“Alibaba sebelum ini telah meneroka pemisahan Lazada. Unit itu yang dibeli secara berperingkat daripada Rocket Internet SE, dianggap sebagai satu daripada jenama antarabangsa paling berprofil tinggi di China. Ia bersaing dengan Amazon dan Shopee di pasaran Asia Tenggara, seperti Thailand, Malaysia dan Singapura,” jelasnya.

Pada 2022, Alibaba berbincang untuk mengumpul sekurang-kurangnya AS$1 bilion untuk Lazada sebelum membatalkan rundingan dengan bakal pelabur apabila perbincangan terhenti berhubung penilaiannya.

Ia bertujuan untuk mendapatkan pembiayaan sebagai pelopor kepada spinoff. Alibaba sejak itu telah menghentikan pengumpulan dana itu, sebaliknya menyuntik dana tambahan ke dalam syarikat berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×