MST Golf disenarai di Pasaran Utama Bursa Securities

MST Golf disenarai di Pasaran Utama Bursa Securities

PENYENARAIAN MST Golf di Pasaran Utama Bursa Securities.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MST Golf Group Berhad (MST Golf) mula disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Secutiries), semalam.

Saham syarikat itu dibuka pada harga 70.5 sen, namun 12.96 peratus lebih rendah daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanya 81 sen.

Berdasarkan modal saham yang diperbesarkan sebanyak 820.87 juta saham, MST Golf menjangkakan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM664.9 juta selepas penyenaraian.

Ini menilai syarikat pada 27 kali nisbah harga pendapatan (PER), berdasarkan pendapatan sesahamnya sebanyak tiga sen pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (TK2022).

Pengendali rangkaian runcit peralatan golf itu merancang untuk mengumpul RM129.6 juta daripada terbitan awam saham baharu, dengan hasilnya akan digunakan terutamanya untuk pengembangan tempatan dan serantau.

Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MST Golf, Ng Yap, melalui IPO, MST Golf telah berjaya mengumpul hasil kasar sebanyak RM129.60 juta melalui terbitan awam sebanyak 160.0 juta saham baharu, yang mana hampir 90.0 peratus daripada hasil akan digunakan untuk pelan pengembangan tempatan dan serantau.

“Sebanyak 2.32 peratus lagi daripada hasil akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan teknologi digital, manakala 2.51 peratus untuk modal kerja dan baki 5.43 peratus akan digunakan untuk membayar perbelanjaan penyenaraian,” katanya dalam kenyataan sempena penyenaraian syarikat itu.

Yap berkata, sambutan terhadap IPO MST Golf adalah menggalakkan, dengan tawaran institusi menjana permintaan yang menggalakkan sebanyak kira-kira RM924.00 juta dengan kadar langganan sebanyak 6.39 kali, selepas menerima minat yang ketara daripada pelabur institusi dan terpilih.

Kata beliau, secara keseluruhan, jumlah permintaan untuk IPO termasuk tranche runcit 41.50 juta saham baharu yang dikhaskan untuk permohonan oleh orang ramai Malaysia, mencatatkan kadar lebihan langganan sebanyak 5.28 kali.

“Ini menunjukkan keyakinan dan kepercayaan yang diberikan pelabur kepada Syarikat,” kata beliau.

Menurut beliau, syarikat ketika ini mempunyai 47 cawangan dengan 39 daripadanya di Malaysia dan 8 lagi di Singapura.

“Penyenaraian MST Golf menandakan permulaan perjalanan yang sangat menarik untuk kami dalam beberapa tahun akan datang,” tambah beliau.

Dalam sidang media kemudiannya, Ng menyatakan optimis terhadap prospek kewangan Syarikat berikutan permintaan mampan yang berterusan selepas ledakan golf yang disebabkan oleh pandemik Covid-19, serta kekurangan persaingan dalam barangan runcit golf yang berkualiti.

Kumpulan itu turut yakin tentang pasaran golf, dikekalkan oleh aktiviti golf yang semakin meningkat berikutan kemasukan generasi muda yang menceburi sukan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×