MAB terima Boeing 737-8 pada Ogos

MAB terima Boeing 737-8 pada Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Airlines Berhad (MAB) dijadual menerima pesawat pertama Boeing 737-8 pada Ogos ini.

Syarikat penerbangan itu memberitahu, ia akan menambah secara beransur-ansur pesawat 737-8 kepada 25 buah menjelang 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, pengenalan pesawat 737-8 baharu pada Ogos ini, menetapkan standard baharu dalam perjalanan udara.

“Ia menggabungkan budaya Malaysia, teknologi canggih dan amalan mampan untuk mencipta pengalaman terbang yang tiada tandingan,” katanya dalam kenyataan.

Secara keseluruhan, Kumpulan MAG kini memiliki sebanyak 100 pesawat melalui anak syarikatnya Malaysia Airlines, Firefly, MASwings dan MASkargo.

Menurut MAB, ketibaan pesawat B737-8 baharu merupakan sebahagian daripada rancangan pemodenan armada MAG.

Jelasnya, reka bentuk kabin pesawat itu telah direka dengan teliti untuk meningkatkan ke­selesaan penumpang.

Reka bentuk badan pesawat juga telah mengalami perubahan transformasi yang ke­tara, mewakili visi dan aspirasi Malaysia Airlines.

Logo ‘wau’ diletakkan semula untuk mencerminkan keazaman syarikat penerbangan itu bergerak ke hadapan dengan penuh keyakinan dan bertenaga.

Dihiasi dengan motif songket dalam warna emas, logo itu memberi penghormatan kepada warisan budaya Malaysia, elain menggariskan komitmen tidak berbelah bahagi syarikat penerbangan itu dalam memberikan perkhidmatan terbaik.

Sama seperti pesawat B737-800 NG yang telah melalui pembaharuan, 737-8 juga akan dilengkapi sistem Hiburan Dalam Penerbangan (IFE) tanpa wayar, MHstudio. MHstudio menyediakan pelanggan akses kepada lebih 500 pilihan hiburan serta pengalaman membeli-belah peribadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×