Pendakwaan Sanusi tergesa-gesa - Hashim

Pendakwaan Sanusi tergesa-gesa – Hashim

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menyifatkan pendakwaan terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dibuat tergesa-gesa dan mainan politik bagi membunuh karakter Menteri Besar Kedah itu menjelang pilihan raya negeri (PRN).

Bagaimanapun, Hashim menyeru ahli dan penyokong Pas supaya bertenang dan menghormati perundangan selain terus memohon doa kepada Allah SWT agar memberi pertolongan kepada Sanusi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Hashim berkata, apa yang berlaku terhadap Sanusi ketika ini dilihat begitu tergesa-gesa di sebalik ada pemimpin dari kerajaan yang didakwa mengeluarkan kenya­taan menghasut masih belum dikenakan sebarang tindakan.

Soal Hashim, adakah tidak ada masa yang lebih sesuai dikenakan pendakwaan tersebut atau tunggu selepas habis PRN.

“Apa yang berlaku saya lihat tindakan terlalu tergesa-gesa khususnya ketika PRN sema­kin menjelang tiba-tiba. Apa pun, kita hormati proses perundangan ini dan ahli Pas diminta supaya terus bertenang dan mengelak melakukan sebarang provokasi yang boleh mengeruhkan lagi hubungan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×