PN tidak sisih bukan Melayu

PN tidak sisih bukan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Orang bukan Melayu tidak pernah disisihkan daripada perjuangan Perikatan Nasional (PN) meskipun parti itu dilihat berteraskan satu bangsa.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bersatu (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, peluang sentiasa diberikan kepada bukan Melayu dalam beberapa siri pilihan raya lalu, termasuklah di Melaka dan Johor.

“Jadi, bila masa kita sisih­kan orang yang bukan Me­layu? Yang Melayu itu teras perjuangan kita, tetapi, kita tidak pun sisihkan bukan Me­layu,” katanya ketika dihubu­ngi, semalam.

Terbaharu, PN juga akan memberikan peluang kepada ahli bersekutu untuk turut bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Mengulas lanjut, Razali turut mendakwa parti itu mendapat sokongan luar biasa da­ripada pengundi bukan Melayu pada PRN yang akan berlangsung Ogos ini.

Beliau juga mendakwa, ramai penyokong bukan Melayu sudah lari dari DAP kerana parti itu tersasar dari perjua­ngan asas sebelum ini.

Katanya, sokongan bukan Melayu turut dikatakan bertambah kepada PN.

“Memang ramai penyokong DAP yang sudah lari dari parti itu kerana tidak bersetuju dengan kerjasama yang dibuat bersama UMNO. Mereka rasa tertipu sebab DAP sebelum ini menjelaskan yang parti itu tidak akan bekerjasama de­ngan UMNO. Sekarang mereka sudah hilang kepercayaan kepada parti itu.

“Kerajaan sekarang tidak menunaikan janji, itu antara sebab pengundi bukan Melayu lari daripada DAP dan PKR,” dakwanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×