12 Ogos tarikh 'comel' untuk PRN - Pas Kelantan - Utusan Malaysia

12 Ogos tarikh ‘comel’ untuk PRN – Pas Kelantan

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas Kelantan menyifatkan tarikh 12 Ogos yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai hari ‘comel’ untuk proses pengundian di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Wan Roslan Wan Hamad berkata, tarikh yang jatuh pada Sabtu itu bakal membuka ruang yang lebih besar kepada masyarakat untuk keluar beramai-ramai dalam melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin bagi penggal akan datang.

Menurutnya, selain itu tarikh tersebut turut dilihat mampu membantu meningkatkan jumlah peratusan mengundi pada PRN selepas ia jatuh pada hujung minggu.

“Saya menyeru semua rakyat untuk keluar beramai-ramai memilih pemimpin. Jangan biarkan peluang lima tahun sekali ini berlalu begitu sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Wan Roslan memberitahu, pihaknya berharap anak-anak Kelantan di perantauan dapat pulang ke negeri ini melaksanakan tanggungjawab itu nanti.

“Saya turut berharap pihak kerajaan dan agensi atau majikan dapat memberikan pelepasan kepada semua pengundi di enam negeri untuk pulang menjalankan tanggungjawab tersebut,” jelasnya.

SPR semalam menetapkan tarikh pengundian bagi PRN serentak di enam negeri pada 12 ogos ini, hari penamaan calon 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

SEREMBAN

Di Seremban:, tempoh 14 hari untuk kempen bermula 12 Ogos nanti dilihat munasabah dan mencukupi untuk setiap calon mendekati pengundi mereka.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata lagi, penetapan hari pengundian pada hari cuti juga dilihat membantu dan memudahkan lebih ramai pengundi untuk keluar menjalankan tanggungjawab mereka.

“Kita sedia maklum 12 Ogos itu hari Sabtu, saya yakin ia beri ruang dan peluang untuk orang ramai balik mengundi. Ia tarikh yang sesuai, jika ada yang bekerja pada hari Sabtu biasanya setengah hari, tetap beri peluang kepada mereka untuk jalankan hak sebagai,” katanya semalam.

ALOR SETAR

Sementara itu di Alor Setar, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tarikh pengundian bersesuaian kerana semua jemaah haji sudah pulang dengan penerbangan terakhir pada 2 Ogos.

“Tarikh-tarikh itu sesuai, 12 Ogos sesuai (kerana) jemaah haji dah balik, mereka (Pakatan Harapan dan Barisan Nasional) pun perlu masa sikit nak pusing lagi (kempen). Institut pengajian tinggi (IPT) pusing tak habis lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Muhammad Sanusi berharap, kempen PRN dilakukan secara sihat dengan memaparkan fakta yang benar, hujahan yang berasas dan kritikan yang betul kerana permulaan kempen yang bersifat fitnah, propaganda atau adu domba akan membawa suasana politik tidak sihat.

Beliau berkata, kempen sebenarnya hanya bermula selepas proses penamaan calon pada 29 Julai ini, namun didapati serangan bertali arus melibatkan pelbagai fitnah serta cerita tidak benar yang direka-reka sudah bermula sejak kebelakangan ini.

Di Georgetown: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menganggap tempoh yang diberikan sebelum tarikh penamaan calon iaitu sebulan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tempoh paling panjang dalam sejarah PRN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×