Sudah sampai masa beri isyarat tukar kerajaan Pulau Pinang

Sudah sampai masa beri isyarat tukar Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya rakyat Pulau Pinang memberi isyarat kepada Pakatan Harapan (PH)-UMNO untuk mengubah pentadbiran di negeri itu berikutan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini.

Exco Srikandi BERSATU Malaysia, Nor Azah Abdul Aziz berkata, ia termasuklah isu-isu asas yang masih lagi tidak dapat ditangani termasuk kos sara hidup terutamanya golongan berpendapatan rendah, harga barang keperluan, nilai ringgit yang merudum dan ekonomi negara kini seolah-olah tiada hala tuju.

NOR AZAH ABDUL AZIZ

Katanya, hal-hal ini sudah pasti memberi kesan kepada masyarakat seluruhnya termasuk di enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng di Facebook beliau baru-baru ini yang mahu 1.8 juta rakyat Pulau Pinang menghantar mesej lantang menyokong Kerajaan Perpaduan dan mengundi menentang Perikatan Nasional (PN) berhubung isu sejarah Pulau Pinang-Kedah, memperlihatkan kedudukan DAP di Pulau Pinang mula goyah.

“Seluruh rakyat Malaysia amat memahami dengan mudah kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang menceritakan sejarah negeri Kedah sehingga kepada penegasan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah baru-baru ini yang bertitah bahawa amat tidak wajar sekiranya suara rakyat negeri itu didiamkan terutamanya membabitkan kedudukan negeri itu dan Pulau Pinang.

“Timbul persoalan, adakah DAP wakil British di Malaysia yang ingin mempertahankan sejarah yang dilakar mereka? Adakah Lim susur galur keturunan Francis Light yang sibuk sangat nak pertahankan sejarah mereka?

“Jadi sudah tiba masanya rakyat Pulau Pinang mengundi PN sebagai satu referandum bantahan rakyat kepada Kerajaan Campuran PH (Pakatan Harapan)-UMNO kerana gagal mengurus negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau dalam masa yang sama turut mengulas dakwaan tidak berasas yang kononnnya Pulau Pinang akan jatuh ke tangan Melayu jika undi diberi kepada PN.

“DAP tiada isu lain selain membangkitkan soal perkauman seolah-olah orang Melayu mahu merampas Pulau Pinang dari Cina dan menggambarkan orang Cina bakal dihalau keluar dari sana.

“Ini satu perkara yang sangat tidak masuk akal di mana tiada perkaitan politik perkauman dalam memperbetulkan semula sejarah yang dilakar sejarah tipu oleh pihak British,” ujarnya.

Nor Azah turut berharap agar undi pada PRN kali ini tidak diberikan kepada PH-BN suslan penolakan pemimpin BN yang kini diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya yakin, 1.8 juta rakyat Pulau Pinang yang terdiri daripada pengundi Melayu, Cina dan India, tidak mahu memberikan satu undi untuk DAP, akan dapat BN yang diketuai Zahid Hamidi di peringkat Pusat ataupun sebaliknya (satu undi BN, akan dapat DAP),” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×