Jualan dodol cair meningkat sekali ganda

Jualan dodol cair meningkat sekali ganda

MUHAMMAD Fakhruddin Norankhairolhidzam mengisi dodol cair ke dalam bekas untuk dijual kepada pelanggan di gerainya di Simpang Ampat, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Rasa dan kelikatan yang berbeza membuatkan dodol cair antara menu yang wajib dicari pada musim perayaan.

Ketika ditemui Mingguan Malaysia, seorang peniaga dodol cair, Muhammad Fakhruddin Norankhairolhidzam, 18, berkata, juadah tradisi itu mendapat tempat dalam kalangan penggemar dodol khususnya pelancong kerana sukar ditemukan di tempat lain.

Katanya, dodol cair yang dijual di gerai Restu Kami di Simpang Ampat di sini adalah resipi ibunya, Norraidah Mad Nor, 47.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ibu saya menyediakan dua gantang dodol cair sehari atau bersamaan 56 bekas berkapasiti 380 gram dan berharga RM12 sebekas. Biasanya akan habis dijual atau tinggal sedikit sahaja menjelang petang.

“Saya memperuntukkan empat gantang dodol cair sehari pada Aidiladha ini kerana permintaan dijangka meningkat sekali ganda, sama seperti Aidilfitri lalu. Ibu pula bersedia memasak dodol baharu sekiranya yang dibawa sebelum itu habis,” katanya di sini, semalam.

Muhammad Fakhruddin berkata, rata-rata yang membeli dodol cair adalah pelancong.

Menurutnya, rasa yang berbeza berbanding dodol pekat dan dijual dalam keadaan cair menjadi daya penarik untuk pelancong merasainya.

“Dodol cair atau pekat masing-masing ada penggemarnya yang tersendiri. Bezanya dodol cair di Melaka kelihatan seperti bubur. Golongan berusia memilih dodol cair kerana mudah untuk dimakan sementara pelancong pula membeli kerana mahu merasainya kali pertama,” jelasnya. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×