Perubahan kerajaan boleh berlaku jika BN gagal menang kerusi

Perubahan kerajaan boleh berlaku jika BN gagal menang kerusi

Pas Perak percaya bukan perkara mustahil peralihan Kerajaan Pusat boleh berlaku selepas PRN memandangkan momentum gelombang pengundi pada masa ini menyebelahi PN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Pas Perak percaya peralihan Kerajaan Pusat boleh berlaku pada Ogos ini jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya negeri (PRN), tidak lama lagi.

Tanpa menjelaskan bagaimana perubahan itu boleh berlaku, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, perkara itu tidak mustahil memandangkan momentum gelombang pengundi pada masa ini menyebelahi Perikatan Nasional (PN).

“Gelombang kebangkitan rakyat akan menolak calon UMNO yang bertanding dalam PRN disebabkan pelbagai faktor,” katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis penyembelihan haiwan korban sempena Hari Raya Aidiladha Parit Haji Ali, Alor Pongsu di sini, semalam.

Menurutnya, gelombang perubahan yang dilakukan oleh pengundi di enam buah negeri terlibat PRN disebabkan peningkatan kos sara hidup yang tidak dapat diselesaikan kerajaan.

“Kebanyakan rakyat tertekan dengan kos sara hidup apatah lagi pada masa ini banyak barang keperluan asas yang naik, ekonomi dan mata wang pula semakin merudum. Kerajaan pula seolah-olah tidak ada perancangan yang jelas bagi membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh rakyat,” katanya.

Sementara itu Razman berkata, jentera PN dari 24 Parlimen di Perak bertugas di dua buah negeri terlibat PRN iaitu Selangor dan Pulau Pinang untuk membantu calon PN yang bertanding. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×