The Connaught One TOD pertama UEM Sunrise

The Connaught One TOD pertama UEM Sunrise

RUANG makan dan dapur The Cannought One dengan susun atur yang kemas dan menarik untuk kehidupan yang selesa para penghuni. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMBANGUNGAN berorientasikan transit (TOD) mendapat perhatian dalam pasaran hartanah terutamanya warga kota yang mahukan kemudahan dan fleksibiliti untuk mengakses pengangkutan awam.

Menyedari permintaan dalam segmen tersebut, UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) memperkenalkan TOD pertamanya, The Connaught One di Cheras, Kuala Lumpur yang terletak berhampiran Stesen Transit Ali­ran Massa (MRT) Taman Connaught.

Projek dengan nilai pemba­ngunan kasar (GDV) RM747 juta yang akan dibangunkan di ta­nah seluas 1.4 hektar itu, dijangka siap pada suku keempat 2027.

Bermula pada harga RM290,000, pembangunan pe­gangan bebas tersebut melibatkan dua menara setinggi 53 tingkat dengan dengan keseluruhan 1,334 unit kediaman.

The Connaught One menawarkan lima jenis susun atur dengan saiz binaan bermula dari 452 kaki persegi kepada unit terbesar berkeluasan 1,270 kaki persegi.

Susun atur kediaman tersebut fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut reka bentuk, memberi kebebasan kepada pemilik untuk mereka bentuk mengikut kesesuaian dan gaya hidup semasa mereka.

Jenis A dilengkapi dengan satu ruang tempat letak kereta, jenis B dengan satu atau dua ruang tempat letak kereta, manakala jenis C, D dan E datang dengan dua ruang letak kereta.

The Connaught One juga mengambil kira pelbagai keperluan pasaran akibat pandemik seperti ruang lounge bekerja bersama bagi mereka yang be­kerja dari rumah, ruang bungkusan dan penghantaran khusus berhampiran pondok pengawal serta pelbagai kemudahan luar dan rekreasi.

Ini termasuk trek joging dan lorong basikal, taman permainan antara generasi, jakuzi, kolam renang dan kawasan membaca yang dapat memupuk gaya hidup yang lebih sihat dan aktif dalam pembangunan.

Kawasan umum juga sebahagiannya dikuasakan oleh panel solar dan pengecas kenderaan elektrik (EV) biasa disediakan.

Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong berkata, The Connaught One juga merupakan kediaman pertama dalam Siri RISE di bawah siri produk Happy+, yang me­rupakan produk boleh dicapai dengan harga bermula dari RM290,000.

Katanya, kediaman di bawah Siri RISE menawarkan ruang yang fleksibel, boleh membentuk dan beralih mengikut ke­sesuaian gaya hidup pembeli dengan cadangan nilai tanpa had.

“Pembangunan ini dibuka kepada pasaran bermula 24 Jun. Permintaan sejak beberapa bulan lepas sangat memberangsangkan dan 85 peratus daripada Menara A telah ditempah.

“Sasaran kami bagi pembangunan ini adalah golongan muda yang membeli rumah pertama, pasangan muda yang masih belum mempunyai anak dan juga mereka yang sedang menyewa.

“Selain itu, jenis E yang lebih besar disasarkan kepada keluarga yang pelbagai generasi iaitu ibu bapa dan anak-anak,” katanya pada pelancaran The Connaught One baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembangunan tersebut juga merupakan pelaburan yang baik kepada golongan yang membeli hartanah sebagai pelaburan untuk tujuan sewa atau diberikan kepada anak-anak mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×