'Penjawat awam membebankan', Gerakan mohon maaf

‘Penjawat awam membebankan’, Gerakan mohon maaf

SESI libat urus berhubung kajian SSPA diadakan bagi memastikan tiada satu pun penjawat awam yang tertinggal. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) memohon maaf ekoran kenyataan yang dibuat oleh salah seorang ahli parti terbabit mengenai penjawat awam di negara ini.

Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong berkata, keseluruhan parti tersebut termasuk Pas dan Bersatu tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Namun demikian, dia berasal daripada ahli Gerakan dan sebagai semangat satu hati, saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya penjawat awam.

“Penjawat awam memang memberi perkhidmatan yang bagus dan setiap kegiatan harian kita berkait rapat dengan mereka.

“Saya mempunyai empat orang anak dan semua lahir di hospital kerajaan. Kini, sekolah yang mereka pergi juga ditadbir oleh penjawat awam. Ini tidak termasuk pihak berkuasa, polis dan bomba, semua berkait rapat dengan penjawat awam,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan, di sini, semalam.

Sebelum ini, jurucakap Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang, Pulau Pinang, Mok Kok On berkata dalam satu kenyataan berkata, sistem perkhidmatan awam di negara ini dalam keadaan membimbangkan dan membebankan ketika negara berdepan hutang luar yang terus meningkat dan rizab tukaran asing negara semakin jatuh.

Kah Keong berkata, Gerakan berpendapat jika mahu mengkritik kerajaan, ia perlu bernas dan bertepatan fakta.

“Kita faham beliau mempunyai kerisauan terhadap penjawat awam yang melibatkan politik, gaji lumayan dan lantikan sesama sendiri sahaja.

“Bagaimanapun, apabila memberi kenyataan, kita mesti menjaga sensitiviti semua serta menggunakan kebijaksanaan,” katanya.

Beliau berkata, ada ahli Gerakan yang bertanya kepadanya kenapa apabila DAP menyatakan benda yang sama dahulu, kenapa tiada isu dibangkit.

“Kita bukan mereka, DAP sangat kebal. Perlembagaan dan perjuangan kita juga bukan sama. Malah, UMNO sendiri tidak berani meminta mereka untuk memohon maaf,” katanya

Menurutnya, beliau telah memberi amaran yang keras ahli parti itu dan memastikannya tidak berulang lagi.

“Parti sangat mengambil berat mengenai isu ini dan sekiranya tiada penjelasan yang munasabah daripada beliau, kita akan menggantung keahliannya,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×