Hamzah nafi rumah 'diserbu' LHDN

Hamzah nafi rumah ‘diserbu’ LHDN

hamzah
HAMZAH Zainudin (tengah) bersama Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan) dan Saifuddin Abdullah (kiri) pada majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Marang, di Binjai Rendah, Marang, malam tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan laporan yang mendakwa kediamannya di Damansara, Kuala Lumpur ‘diserbu’ pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Selasa lalu.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, dakwaan tersebut merupakan fitnah terhadapnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi

Menurutnya, beliau juga memberi amaran akan mengambil tindakan termasuk membuat laporan polis dan saman terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“’Serbu’ itu bagaimana maksudnya. Saya nak maklumkan sudah banyak fitnah dilakukan terhadap saya, saya tak mahu menjawab fitnah dan berita yang tersebar luas ini.

“Hari ini, saya dah ada maklumat contoh fitnah yang dibuat terhadap saya dulu saya dah bawa polis report. Tapi tak apalah kita pegang dulu sampai masa kita akan gunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Marang di Binjai Rendah, di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Media sebelum ini melaporkan LHDN menyerbu kediaman Hamzah di Damansara, Selasa lalu susulan terdapat beberapa cukai yang didakwa ttidak dilaporkan.

Malah, pasukan serbuan turut merampas beberapa fail termasuk dokumen pemilikan aset dan akaun milik Ahli Parlimen Larut itu.

Hamzah dikatakan berada di rumah ketika serbuan dan fail serta dokumen berkaitan akaun dan pemilikan aset telah dirampas.

Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, beliau
tidak dimaklumkan mengenai penggeledahan kediaman Hamzah oleh LHDN), Selasa lalu.

Menurutnya, beliau menyerahkan urusan itu kepada LHDN dan badan penyiasat untuk melakukan siasatan.

Dalam pada itu, Hamzah memberitahu, beliau akan mendedahkan bukti berhubung cubaan fitnah terhadapnya pada PRN nanti.

“Insyallah dalam PRN saya akan bukti apa berlaku merupakan fitnah hanya semata nak burukkan nama pemimpin PN bukan sahaja Pengerusi PN, (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, begitu juga Presiden Pas, (Tan Sri) Hadi Awang dan ramai lagi pemimpin PN yang difitnah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini