ANTARA isu yang hangat diperkatakan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang berakhir semalam ialah tentang desakan pemimpin sayap parti itu supaya DAP memohon maaf.
Ada dua tiga orang pemerhati politik yang tertanya-tanya rasional di sebalik desakan itu kerana UMNO dan DAP sekarang berada dalam kerajaan yang sama iaitu Kerajaan Perpaduan.
Satu lagi persoalan yang ditimbulkan ialah andainya DAP mohon maaf, adakah ia akan membantu UMNO menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dalam masa terdekat ini?
Sepatutnya dalam keadaan sekarang UMNO fokus untuk memperkukuhkan parti dan sekurang-kurangnya berusaha mengembalikan semula sokongan sekitar tiga juta ahlinya pada PRN nanti.
Mengungkit perkara lama yang membabitkan rakan pakatan mereka dalam kerajaan tidak akan membantu apa-apa, sebaliknya hanya akan mengeruhkan keadaan dan boleh menggugat kestabilan dalam kerajaan.
Jika mahu juga dibangkitkan soal meminta maaf itu, pemimpin sayap berkenaan sepatutnya berbuat demikian sebelum pakatan dibuat dan sebelum kerajaan dibentuk. Selalunya orang meletakkan syarat sebelum persetujuan dicapai dan sebelum janji dimeterai. Apabila persetujuan sudah dicapai, janji telah diikrar dan kerjasama sudah dibentuk, mengungkit isu-isu lama hanya akan membawa kepada situasi tidak selesa terutama dalam kerajaan.
Kenapa mahu diungkit ketika sebahagian daripada pemimpin UMNO (termasuk yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15) telah dilantik menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan?
Sebahagian yang lain pula dilantik mengetuai agensi dan badan-badan berkanun.
Adalah lebih baik jika pentas perhimpunan itu digunakan untuk mencari formula bagaimana parti itu mahu bergerak ke hadapan dan memastikan pengundi-pengundi Melayu terutamanya kembali ke pangkuan mereka.
Pentas perhimpunan itu sepatutnya digunakan untuk meniup semangat dan membentangkan strategi bagaimana UMNO mahu memposisikan dirinya pada PRN nanti terutamanya di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Jika tuntutan permohonan maaf itu boleh menjamin kemenangan UMNO pada PRN di enam negeri nanti, mungkin ia boleh dianggap logik. Tetapi pada masa sekarang ia hanya dilihat sebagai menjejaskan kesepakatan dalam Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai oleh pemimpin-pemimpin UMNO.
Sikap segelintir pemimpin yang suka mencampakkan batu ke air tenang tidak akan memberi apa-apa faedah kepada parti. Sedangkan rakyat ketika ini mahukan kestabilan supaya tumpuan boleh diberikan kepada urusan pentadbiran.
UMNO sebagai sebuah parti dengan pengalaman yang panjang dalam mentadbir negara sepatutnya menjadi teras kepada usaha mempertahankan kestabilan itu dan pada masa sama mencari jalan untuk kembali mengukuhkan parti jika mereka mahu menang pada PRN ini dan PRU 2027.
Suka atau tidak, DAP kini adalah sekutu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan. Kalau asyik tembak menembak sesama rakan sekutu, lebih baik jangan berpakat dari awal. Ia hanya memberikan mesej yang jelek kepada rakyat.
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
DAP mohon maaf, UMNO boleh menang PRN?

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved