Sebab duit rakyat, bahas sahajalah LKAN di Parlimen
Oleh Muhammad Nizam Abdul Hamid
8 Jun 2023, 7:00 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pembayaran RM17.76 juta bagi perkhidmatan mencetak dan pengeposan notis saman sebelum perkhidmatan dilaksanakan.
Syarikat perkhidmatan yang dipilih pula telah melantik subkontraktor tanpa kelulusan dengan nilai kontrak berjumlah RM32.58 juta.
Sewa kuarters kerajaan di Putrajaya berjumlah RM1.16 juta tidak dikutip terhadap penghuni yang menduduki kediaman itu bagi tempoh antara 12 hingga 179 bulan sekali gus menyebabkan ketirisan hasil.
Malah ada agensi kerajaan yang membeli lesen antivirus untuk komputer bernilai ratusan ribu tetapi tidak menggunakannya dan terbiar begitu sahaja.
Kelemahan-kelemahan di atas adalah antara perkara kecil yang dikesan Jabatan Audit Negara ketika melakukan audit terhadap perbelanjaan pelbagai agensi kerajaan.
Sebenarnya banyak lagi kelemahan lain dan nilainya lebih besar dilaporkan oleh jabatan itu.
Dapatan daripada audit tersebut akan menjadi sebahagian daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang kemudiannya dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Parlimen.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang keanggotaannya kira-kira 20 orang daripada pelbagai parti termasuk pembangkang kemudiannya akan membincangkan isu besar yang timbul daripada laporan tersebut dan memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan.
Nasib baik ada PAC jika tidak LKAN yang diletakkan di atas meja setiap ahli Parlimen di Dewan Rakyat hanya dibentang dan diluluskan tanpa dibahaskan. Memang itulah yang berlaku selama ini dan tidak menjadi kesalahan pun.
Bagaimanapun kelmarin berbeza apabila kerajaan mencadangkan LKAN 2021 dibentang dan dibahaskan di Parlimen. Namun ia dibantah keras oleh pembangkang dengan anggapan kerajaan ada agenda tersirat sehingga menyebabkan mereka tidak mengikuti sesi tersebut.
LKAN yang dibuat mengikut Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 sebenarnya menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan serta aktiviti kementerian dan pelbagai agensi kerajaan.
Tujuannya semata-mata mahu memastikan setiap duit kerajaan digunakan sebaik mungkin dan tidak berlaku ketirisan serta mencapai maksud sebenar wang itu dibelanjakan.
Seperti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, wang yang dibelanjakan oleh kerajaan bukan duit emak bapa ahli Parlimen, sebaliknya duit rakyat.
Maka sewajarnya setiap sen wang itu diaudit dan sebaiknya dibahaskan untuk memastikan segalanya dibelanja dengan betul.
Sebab itulah beliau berpendapat, bantahan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ahli Parlimen mempunyai keistimewaan termasuk membahaskan apa sahaja isu di dalam Dewan Rakyat yang memberi mereka imuniti daripada tindakan undang-undang.
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved