Dulu tidak mampu beli yogurt kini bintang United

Dulu tidak mampu beli yogurt kini bintang United

CASEMIRO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dari jalanan Sao Paulo ke Madrid dan kini di Theatre of Dreams. Perjalanan hidup Carlos Henrique Jose Francisco Venancio Casimiro atau lebih dikenali sebagai Casemiro penuh dengan ranjau dan liku.

“Ketika kanak-kanak, saya sentiasa mahu minum ini (sambil menunjukkan minuman yogurt) tetapi kami tidak pernah mempunyai wang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia tidak mahal, sekitar 20 sen tetapi ibu akan panggil saya kerana kami tidak mempunyai wang untuk membelinya,” kata Casemiro membuka cerita sambil air mata bergenang.

Empat tahun lalu, Casemiro berkongsi kisah hidupnya, di mana dia hanya dapat memandang dengan mata penuh harapan air yogurt yang dipamerkan di kedai runcit kejiranannya di Sao Paulo.

Kebanyakan pemain bola sepak yang tiba dari Amerika Selatan selalunya datang dari latar belakang miskin tetapi ­Casemiro berkongsi kisahnya agar ia ­menjadi inspirasi.

Persekitaran Sao Jose Dos Campos tempat Casemiro dibesarkan antara kawasan kejiranan paling kurang bernasib baik di Brazil, tempat yang terkenal dengan pekerja yang dieksploitasi dan buruh kanak-kanak.

Pada usia lima tahun, ‘wira’ kecil itu terpaksa melihat ba­panya yang marah meninggalkan keluarga mereka – ibu ­bersama tiga orang anak dan dia tidak pernah kembali.

Casemiro menjadikan ibunya, Venancio Magda de Maria Casemiro sebagai idola, melihat bagaimana dia membesarkan anak-anaknya dengan kerohanian tinggi dan menguatkan mereka dengan kata-kata ‘manusia boleh dimusnahkan tetapi tidak pernah dikalahkan.”

“Ibu sentiasa bersama saya. Dia sentiasa menyokong saya, dan terima kasih kepada Tuhan, sekarang saya sudah boleh membantu keluarga. Saya gembira dia ada di sisi ketika saya amat memerlukan.

“Dengan wang pertama yang saya peroleh, saya membeli rumah untuk ibu. Dia fikir saya hanya bermain bola sepak untuk berseronok tetapi jelas saya mahu membantunya.

“Penderitaan masa lalu dan keluarga saya adalah penguat semangat untuk saya mengukuh­kan kerjaya,” kata Casemiro.

Dia meninggalkan kawasan setinggan Sao Paulo apabila diterima memasuki skuad remaja kelab bandar itu.

“Saya diberi bilik, makanan, pendingin hawa dan televisyen. Dari situlah kebahagiaan dan hidup kami berubah,” katanya.

CASEMIRO kini bahagia bersama keluarga kecilnya.

Bakat dan kemampuan ­Casemiro memboleh­kannya dipanggil menyarung jersi skuad bawah 20 tahun (B-20) Brazil pada 2010 dan sejak itu dia tidak lagi menoleh ke belakang.

Dia kemudian dipanggil ­menyertai Real Madrid B secara pinjaman pada akhir Januari 2013, Casemiro mendapat peluang untuk membuat penampilan sulungnya pada 20 April 2013.

Dua bulan kemudian, pada 2 Jun, dia menjaringkan gol pertamanya bersama Castilla, dia sangat mengagumkan jabatan kejurulatihan Madrid.

Lapan hari kemudian, Real menukar perjanjian pinjamannya dari Sao Paulo menjadi perpindahan tetap.’

CASEMIRO bergambar bersama jersi Manchester United ketika diperkenalkan kepada penyokong.

Sejak itu, Casemiro mula memasuki tempoh keemasan dalam hidupnya.

Pada mulanya dia sering diguna sebagai pemain simpanan tetapi di bawah maestro ­Zinedine Zidane dia berubah menjadi pemain utama, membentuk trio bahagian tengah terbaik bersama Luka Modric dan Toni Kroos.

Kombinasi itu dirujuk sebagai ‘The Holy Trinity’ atau ‘The Bermuda Triangle’.

Tahun lalu, perjalanan bola sepak Casemiro ‘berkembang’ lagi apabila dia menyertai gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN