GDEX labur RM25 juta bina hab auto

GDEX labur RM25 juta bina hab auto

FAHMI FADZIL pada majlis perasmian hab auto GDEX di Petaling Jaya, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: GDEX Berhad (GDEX), penyedia perkhidmatan penghantaran ekspres optimis dapat mencapai kapasiti penuh di hab auto baharunya bernilai RM25 juta sebanyak 350,000 pengasingan penghantaran sehari dalam masa beberapa tahun akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Teong Teck Lean berkata, fasiliti dengan pengisihan automatik sepenuhnya dengan seluas 145,000 kaki persegi menggunakan teknologi pengasingan pintar dengan ketepatan pengasingan sehingga 99.99 peratus.

Katanya, kemudahan itu dapat  memendekkan masa, mengurangkan risiko kerosakan bungkusan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan kumpulan.

“Hab auto GDEX melengkapkan inisiatif transformasi GDEX 2.0 kami, yang memerlukan pembinaan ekosistem logistik yang lengkap dan berasaskan teknologi yang memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin dinamik.

“Kami terus memanfaatkan kebolehan ami dalam kejuruteraan proses dan menyepadukan penyelesaian teknologi terkini dalam operasi untuk menawarkan kelajuan dan kebolehpercayaan kepada perniagaan.

“Dengan cara ini, kami secara strategik mengubah cara kami memindahkan penghantaran, sambil turut menggerakkan perniagaan pada kadar yang dipercepatkan,” katanya pada majlis perasmian hab tersebut di sini.

Hab auto tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Sementara itu, Teck Lean berkata, kedua-dua hab auto dan separa auto sedia ada akan beroperasi secara buat masa ini, sebelum peralihan sepenuhnya kepada auto dalam masa beberapa bulan akan datang.

“Pada peringkat awal kos operasi dijangka lebih tinggi dalam dua peratus kerana dalam tempoh peralihan. Namun begitu, apabila beralih sepenuhnya nanti kos operasi dapat dikurangkan.

“Selain itu, kami juga dapat meningkatkan kemahiran pada pekerjaan yang melibatkan kemahiran tinggi,” katanya.

Menurutnya, kerana itulah syarikat menubuhkan Akademi GDEX, yang menawarkan program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dalam bidang penghantaran ekspres dan logistik.

“Kami terus mengembangkan program latihan dan kursus kami untuk merangkumi pelbagai bidang pengajian yang relevan kepada warga kami. Tahun lepas sahaja, kami menyediakan latihan dan pendidikan kepada lebih 5,000 individu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN