HARUS diakui pemberian subsidi berterusan termasuk minyak adalah tidak sihat untuk ekonomi dan kewangan. Kebanyakan negara termasuk negara Arab yang kaya dengan minyak telah mula mengurangkan pemberian subsidi tanpa mengira “T” “M” atau “B” Keadaan menjadi lebih buruk apabila harga minyak melepasi AS$100 setong, sekali gus mengoyakkan kewangan negara.
Pemberian subsidi mewujudkan ‘ekonomi palsu’ yang mana harga barang tertentu dijadikan murah walaupun sebenarnya tinggi. Pemberian subsidi di Malaysia dilaksanakan bukan untuk popular. Malaysia sedang membangun.
Pendapatan rakyat tidak tinggi dan jumlah penduduk tidak besar. Malaysia juga pengeksport minyak. Jadi, pulangan pendapatan disalur kepada rakyat menerusi subsidi minyak. Kini percakapan utama ialah penarikan subsidi.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan baru-baru ini berkata bahawa golongan kaya (T20) tidak akan menikmati subsidi minyak RON95. Langkah kerajaan itu baik kerana negara tidak mampu memberikan subsidi berterusan. Ia seperti air menitik dapat memecahkan bongkah yang besar dan negara akan pecah.
Cuma masalahnya Ahmad mungkin tidak mendapat memo bahawa Malaysia telah memulakan reformasi subsidi pada 2010 dengan menaikkan harga minyak sebanyak 5 sen. Pada 2014, harga minyak RON97 diapungkan mengikut harga pasaran.
Saya bersetuju golongan kaya tidak harus mendapat subsidi berterusan dan mewujudkan ketidakadilan sosial. Berdasarkan definisi, T20 iaitu mereka dengan pendapatan isi rumah lebih RM10,960 sebulan.
Jadi, berdasarkan cadangan Timbalan Menteri Kewangan, golongan T20 dengan kereta besar harus membayar lebih untuk minyak, maka semua ahli parlimen, lebih-lebih lagi dengan jawatan timbalan menteri dan menteri harus membayar lebih kerana mereka golongan T20 dengan pendapatan timbalan menteri sudah lebih RM25,000 sebulan. Cuma berbeza T20 lain, anggota pentadbiran mendapat kenderaan, minyak, pemandu dan elektrik percuma.
Jadi, di mana keadilan sosial apabila mereka bekerja keras dibezakan atas dasar pendapatan dan bukan kerajinan, ketekunan dan kebijaksanaan. Adakah kita menuju ke arah negara memberi ganjaran kepada mereka yang tidak berusaha? Mentaliti subsidi yang ditanam atas dasar populis menyebabkan negara berterusan kekal di takuk lama kerana akan ada pemberian oleh setiap kerajaan.
Banyak cadangan dan kajian sudah dilakukan bagi menangani isu subsidi minyak. Bukankah lebih mudah menaikkan harga RON95 sebanyak 5% atau 10 sen kepada semua pengguna. Tidak perlu lakukan kajian, bina sistem, kad dan pemantauan.
Kita harus akui, Malaysia ‘koyak’ dalam pemantauan dan penguatkuasaan. Penjimatan 5% juga tidak harus diberikan sesuka hati dengan pelbagai bayaran. Sebaliknya, ia digunakan untuk meningkatkan infrastruktur, hospital, sekolah dan lain-lain yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat.
Penjimatan juga harus disalurkan kepada industri yang dapat meningkatkan pengeluaran seperti makanan dan penjanaan jawatan berkualiti.
Malaysia sebenarnya berdepan masalah lebih besar. Negara tersekat dalam ‘middle income trap’ yang mana pendapatan tidak meningkat selari kos kehidupan. Gaji permulaan wartawan 30 tahun lalu kira-kira RM1,200. Hari ini, ia RM2,400. Harga cat lima liter 13 tahun lalu adalah RM35. Hari ini ia adalah RM180, kenaikan empat kali ganda.
Ahli politik memang mudah bercakap kerana menjadi ahli politik adalah kerjaya. Orang lain terpaksa berusaha membina kerjaya dengan keringat, kebijaksanaan, ketekunan dan usaha tanpa bercakap banyak.
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
Bukan minyak subsidi sahaja masalah Malaysia

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved