Agrobank peruntuk RM240,000 jayakan Program Rakan Tani Muda

Agrobank peruntuk RM240,000 jayakan Program Rakan Tani Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agrobank memperuntukan dana berjumlah RM240,000 bagi menjayakan Program Rakan Tani Muda Agrobank yang telah dilancarkan Mac lalu.

Pada Majlis Sambutan hari Raya Korporat Agrobank semalam, sebanyak 15 sekolah terpiliha sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, menerima peruntukan sebanyak RM3,000 bagi menjayakan program tersebut yang menyasarkan penyertaan 80 buat sekolah seluruh negara.

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, program itu merupakan inisiatif Agrobank dalam pembangunan pendidikan berteraskan pertanian bagi membina keupayaan dan kestabilan sektor pertanian pada masa hadapan.

Kata beliau, ia bersesuaian dengan elemen kelesta­rian dan sejajar dengan agenda hijau negara di bawah Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan.

“Dalam memodenkan projek pertanian, kita perlu bergerak seiring dengan peralihan global ke arah amalan pertanian lestari. Ia juga sejajar dengan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.

“Agrobank terpanggil untuk mempersiapkan ge­nerasi muda sebagai pelapis mendepani cabaran industri agro dan pemangkin keterjaminan makanan khususnya di Malaysia. Justeru, Agrobank mendukung penuh hasrat murni kerajaan ini,” katanya.

Tengku Ahmad Badli turut berkongsi mengenai pertan­dingan Rakan Tadi Muda yang akan bermula pada Jun hingga September depan dan sesi penjurian serta penilaian pula dibuat sepanjang Oktober.

Terdapat empat kategori tanaman yang akan dipertan­dingkan iaitu konvensional, fertigasi, hidroponik dan akuaponik.

Tambahnya lagi, antara jenis tanaman yang dibenarkan adalah seperti tanaman sayuran, tanaman herba, tanaman kontan dan tanaman yang memenuhi elemen sekuriti makanan.

“Sekolah yang terpilih perlulah memenuhi syarat penyertaan, antaranya setiap sekolah perlu mewujudkan reka bentuk pertanian pintar yang berteraskan penggunaan bahan kitar semula bagi meningkatkan kelestarian alam sekitar,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×