Penoreh resah harga getah murah, pokok diserang penyakit

Penoreh resah harga getah murah, pokok diserang penyakit

PENOREH menunjukkan keadaan kebun getah mereka yang mengalami pokok berpenyakit di Kampung Orang Asli Pahlawan, Langkap dekat Pasir Salak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Harga getah murah dan ditambah pokok dise­rang penyakit meruntun semangat penoreh untuk terus me­ngusahakan tanaman komo­diti itu.

Itu yang menimpa penoreh di Kampung Orang Asli Pahlawan, Langkap dekat sini apabila kebanyakan pokok getah di situ diserang penyakit iaitu daun berwarna kuning, layu dan gugur.

Akibat masalah yang berlarutan dua tahun lalu, ada antara penoreh yang tidak lagi ke kebun sebaliknya mencari penda­patan lain dengan bekerja di ladang kelapa sawit berdekatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang penoreh Orang Asli yang dikenali Arit berkata, dia telah mencuba pelbagai cara untuk mengubati penyakit pokok getahnya tetapi tidak berkesan.

Katanya, berdasarkan penga­lamannya sebagai penoreh sejak berpuluh tahun, daun pokok getah hanya gugur mengikut musim atau cuaca dan daun gugur tidak berlaku secara berte­rusan seperti sekarang.

Katanya, ini menyebabkan ha­­sil torehan mereka merosot le­bih 20 peratus berbanding jika po­kok getah tidak berpenyakit.

“Penyakit yang menyerang pokok getah di sini tidak pernah berlaku sebelum ini dan berkemungkinan berpunca daripada cuaca tidak menentu, iaitu cuaca panas berpanjangan dan jika hujan, hujan berterusan.

“Ini menyebabkan pucuk da­un baharu yang keluar sekejap, tidak tahan lama pasti gugur sebelum cukup matang.

“Sebelum pokok diserang pe­nyakit, susunya banyak penuh tetapi sekarang hendak dapat setengah bekas pun susah, susu tidak berapa elok seperti cair,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurutnya, penoreh di sini berharap masalah itu mendapati perhatian daripada pihak yang berkenaan untuk diatasi untuk pokok getah yang sudah berusia tujuh tahun itu dapat mengeluarkan hasil yang sepatutnya.

Katanya, jika keadaan itu ber­terusan adalah tidak berbaloi penoreh turun menoreh pukul 4 pagi selain harganya yang rendah.

“Jika dibiarkan, pokok akan bertambah rosak, ini sudah tentu merugikan kami.

“Jika keadaan berterusan, ti­dak mustahil kami menukar ta­naman getah kepada kelapa sawit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini