Indeks harga pengeluaran terus turun, -2.9 peratus pada Mac 2023

Indeks harga pengeluaran terus turun, -2.9 peratus pada Mac 2023

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kadar Indeks Harga Pengeluaran (IHPR) Malaysia yang mengukur barangan di pintu kilang terus turun kepada 2.9 peratus pada Mac lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penguncupan disebabkan terutamanya oleh penurunan sektor pertanian; perhutanan & perikanan dan perlombongan yang terus mencatatkan perubahan negatif selama tiga bulan berturut-turut pada 2023.

Kata beliau, indeks buah tandan segar kelapa sawit terus jatuh kepada 43.5 peratus pada Mac 2023 daripada -40.5 peratus bulan sebelumnya, yang menyumbang kepada penurunan dua digit kepada 28.7 peratus bagi indeks pertanian, perhutanan dan perikanan (Februari 2023: -26.1 peratus).

Katanya, indeks perlombongan turun kepada 11.5 peratus (Februari 2023: -6.5 peratus) dengan indeks pengekstrakan petroleum mentah turun 21.2 peratus.

“Sementara itu, indeks pembuatan naik 1.4 peratus pada Mac 2023, disebabkan peningkatan indeks pembuatan komputer, produk elektronik & optikal (8.9 peratus) dan pembuatan kelengkapan elektrik (5.3 peratus). Manakala bagi sektor utiliti, indeks bekalan air dan bekalan elektrik & gas meningkat masing-masing sebanyak 3.3 peratus dan 1.4 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd. Uzir, pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan meningkat 0.3 peratus pada Mac 2023 berbanding penurunan 0.2 peratus bulan sebelumnya.

Katanya, pada suku tahun pertama 2023, IHPR pengeluaran tempatan mencatatkan penurunan 0.8 peratus daripada +3.5 peratus pada suku keempat 2022.

Mengenai IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan, beliau berkata, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya susut kepada 21.0 peratus daripada -16.9 peratus bulan sebelumnya, disebabkan penurunan 25.2 peratus bagi indeks bahan bukan makanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×