UMNO perlu rapatkan barisan, bermaafan

UMNO perlu rapatkan barisan, bermaafan untuk beri tumpuan penuh pada PRN

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiap ahli UMNO di seluruh negara diharap menggunakan sambutan Aidilfitri sebagai peluang yang akan berlangsung dalam beberapa hari ini sebagai peluang untuk terus memperkukuhkan parti dan hubungan antara sesama sendiri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sudah tiba masanya seluruh pemimpin dan ahli parti merapatkan barisan dan bermaaf-maafan.

Menurut beliau, ia penting dalam memastikan tumpuan sepenuhnya diberi kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) mahupun Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada seluruh warga UMNO. Khususnya, selepas kita selesai pertandingan parti.

“Maka, kita semua kena rapatkan barisan, kena saling maaf-memaaf di antara satu sama lain dan menumpukan sepenuhnya perhatian kepada PRN akan datang dan juga PRU16 pada masa akan datang,” katanya seperti dilaporkan UMNO Online.

Sementara itu, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa menasihati masyarakat yang melakukan perjalanan untuk pulang ke kampung  untuk berhati-hati bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

“Saya juga ingin mengucapkan kepada mereka yang akan pulang ke kampung, bagi mereka yang memandu berhati-hati di jalan raya. Biar lambat, asal selamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×