Hidupkan perpaduan dalam parti dahulu, itu lebih penting

Hidupkan perpaduan dalam parti dahulu, itu lebih penting – Tengku Azman

AHLI UMNO Bukit Bintang menggembleng tenaga dalam menyiapkan juadah berbuka puasa sempena program Ihya Ramadan yang dianjurkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perpaduan dalam UMNO harus disatukan kembali selepas pemilihan parti yang diadakan baru-baru ini.

Sebagai peringkat permulaan, perpaduan ini dimulakan dalam program Ihya Ramadan UMNO bahagian Bukit Bintang, melibatkan lebih 500 ahli UMNO.

Menurut Ketua Bahagiannya, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, beliau menjadikan program ini sebagai titik tolak permulaan ahli UMNO supaya kembali bersatu dengan menghidupkan kembali aktiviti gotong-royong atau dikenali ‘rewang’ dalam kalangan ahli UMNO di Bahagian Bukit Bintang.

TENGKU AZMAN TENGKU ZAINOL ABIDIN

“Seperti kita sedari aktiviti merewang telah agak mula pupus di kalangan masyarakat bandar sejak akhir-akhir ini, akibat perubahan zaman dan kesibukan masyarakat memenuhi tuntutan kehidupan maka aktiviti Rewang semakin dilupakan generasi muda hari ini.

“Atas kesedaran ini maka UMNO Bahagian Bukit Bintang mengambil inisiatif menghidupkan kembali aktiviti rewang ini agar ianya tidak luput ditelan dek zaman.

“Nak hidupkan perpaduan ini, kita perlu mulakan dulu dalam parti, baru boleh fikir perpaduan di peringkat seterusnya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Dalam program ini, ruang diberi kepada kepada setiap ketua-ketua sayap-sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang untuk turut serta menggembleng tenaga bagi menjayakan aktiviti Rewang ini.

Mengulas lanjut, Tengku Azman juga berkata, amalan atau aktiviti rewang memang semakin dilupakan disebabkan tuntutan gaya hidup masa kini dan jika tiada usaha dilakukan untuk menghidupkan kembali aktiviti ini sudah pasti ia semakin dilupakan.

Berikutan itu, jelasnya lagi, aktiviti rewang ini dihidupkan kembali bagi tujuan merapatkan hubungan sesama ahli dan juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan yang kita tahu semakin hari semakin meningkat.

“Orang zaman dahulu apa jua aktiviti keramaian atau kenduri dijalankan secara rewang bermula dari persiapan, semasa dan selepas majlis yang dilakukan secara gotong-royong melalui sumbangan idea, tenaga serta kepakaran dalam bidang masing-masing menyebabkan hubungan atau perpaduan sesama mereka amat kuat.

“Inilah masanya untuk menghidupkan kembali amalan yang diamalkan orang zaman dahulu yang sememangnya terkenal dengan semangat muafakat dan kerjasama yang cukup kuat. Jadi, tiada salahnya bagi ahli-ahli UMNO memperkenalkan kembali amalan ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×