DAP sukarkan orang Melayu kembali sokong UMNO

DAP sukarkan orang Melayu kembali sokong UMNO

NUR JAZLAN MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: DAP perlu i­ngat yang parti itu juga menjadi liabiliti untuk UMNO dalam usaha menarik sokongan Me­layu untuk kembali ke parti itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia sudah pasti menjadi kesukaran buat UMNO untuk memulihkan kepercayaan orang Melayu, khususnya dalam meng­hadapi Pilihan Raya Ne­geri (PRN) nanti.

“UMNO memang ikhlas ma­hu jayakan kerjasama da­lam Kerajaan Perpaduan ini, sebab itu kita tidak cakap apa-apa. Tetapi, bila kita diam, DAP pula yang keluarkan ke­nyataan sebegini. Sepatutnya mereka perlu hargai usaha UMNO dalam memboleh­kan Kerajaan Perpaduan ini dibentuk.

“Untuk keadaan sekarang pun, kita susah nak tarik so­kongan Melayu kembali kepada UMNO disebabkan DAP sendiri, kerana ramai orang Melayu yang tidak percayakan parti itu.

“Strategi DAP meletakkan orang Melayu sebagai pemim­pin parti itu tidak lagi berjaya, jadi mereka perlu juga hargai UMNO,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ba­­gi mengulas kenyataan Na­ib Pengerusi DAP Perak, Dr. Aziz Bari berhubung peranan UMNO menarik sokongan orang Melayu masih tidak jelas memandangkan peranan tersebut kini dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN).

Katanya, ia berdasarkan rekod Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila pada peringkat awalnya undi PN dijangka meleset, namun yang berlaku adalah sebaliknya.

Malah jelas Aziz lagi, UMNO dilihat hanya menum­pang kekuatan Pakatan Harapan (PH) kerana kelangsungan parti itu semakin pudar.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh turut berkata, bacaan politik pada PRN nanti tidak boleh mengambil kira rekod PRU15 lalu.

Ini kerana jelasnya, politik sekarang sentiasa berubah, sekali gus beliau optimis UMNO mampu menarik kembali sokongan orang Melayu dan peroleh kemenangan pa­da PRN kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×