Kolaborasi Tealive, MILO tawar rangkaian minuman Coco Xtreme

Kolaborasi Tealive, MILO tawar rangkaian minuman Coco Xtreme

BRYAN Loo dan Yit Woon Lai menunjukkan minuman eksklusif Coco Xtreme, menu terbaharu tealive hasil berkongsian dengan MILO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tealive ber­kolaborasi dengan jenama minuman malt coklat terkemuka di Malaysia, MILO, bagi menawarkan rangkaian minuman eksklusif Coco Xtreme.

Ketika mengumumkan kerjasama itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings Sdn. Bhd., Bryan Loo berkata, kolaborasi itu merupakan pencapaian baharu bagi Tealive yang memenuhi jamianan jenama mereka iaitu ‘Bukan Sekadar teh.’

“Kami gembira apabila Tealive bekerjasama dengan MILO, minuman malt coklat yang paling digemari di Malaysia, untuk menawarkan minuman gaya hidup yang meme­nuhi selera pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan.

Bryan memaklumkan ia me­rupakan kerjasama kedua bersama Nestlé, syarikat makanan dan minuman terbesar di dunia, selepas kolaborasinya bersama KITKAT pada tahun lalu menyaksikan sambutan luar biasa daripada peminat sehingga stok dihabiskan lebih pantas daripada jangkaan.

“Kami berharap peminat Tealive sekali lagi akan mencipta sejarah dengan menikmati siri minuman gaya hidup Coco Xtreme dengan MILO dalam jumlah yang akan mencatatkan rekod.

“Tawaran masa terhad ini memberikan pengalaman yang terbaik dari kedua-dua iaitu rasa segar yang menyelerakan Bang Bang atau smoothies Tealive bersama I yang disertakan bersama kebaikan dan kelazatan MILO bagi melancarkan tenaga mereka untuk pergi lebih jauh!” tambahnya.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Professional, Malaysia & Singapura, Yit Woon Lai turut mengalu-alukan kerjasama itu kerana ia memberi peminat MILO pengalaman Coco Xtreme yang menampilkan kebaikan coklat unik MILO.

Katanya, rakyat Malaysia kerap menikmati MILO di rumah sama ada sebagai minuman yang memberikan tenaga segera atau dihidangkan bersama makanan yang berkhasiat.

“Di kedai-kedai, ia sering dihidangkan sebagai minuman dan kadang-kadang ditambahkan dengan serbuk malt coklat dalam MILO Dinosaur. Dengan kerjasama ini, kami gembira melihat pelanggan kami menikmatinya dalam suasana gaya hidup,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×